Tuesday, October 17, 2017

Azizan Osman International: 20 Cara Menjadikan Anda Usahawanita Sehebat Wonder Woman

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
20 Cara Menjadikan Anda Usahawanita Sehebat Wonder Woman
Oct 17th 2017, 03:25, by Team Richworks

Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia.  Wanita, yang dulunya di katakan sekumpulan mahkluk ciptaan Tuhan yang lemah, sebenarnya ada kekuatan besar di dalam setiap nadinya.

Wanita dan bisnes? Lihat di sekeliling anda, berapa ramai wanita di sekeliling anda yang sedang aktif berniaga sekarang ini? Samada secara sepenuh masa atau separuh masa – tapi apa yang membuatkan mereka mampu menjadi usahawan, isteri, ibu, surirumah dan pekerja!  Mereka sebenarnya Wonder Woman!

Wonder Woman- karakter komik Marvel yang sangat beri kesan pada banyak wanita. Kuat, gagah, berani dalam menyelamatkan dunia. Dan karakter ini semakin jelas terpapar dalam dunia realiti sekarang! Ramai wanita dah berjaya pecah tradisi dengan memegang jawatan-jawatan besar sebagai eksekutif korporat, usahawan baru mahupun ternama, pelabur, dan macam-macam lagi.

Wanita, termasuk anda memiliki banyak kelebihan dan kekuatan untuk membantu dunia. Dan artikel ini khas untuk anda. Serlahkan karakter Wonder Woman anda dengan cara:

1) Salurkan tenaga anda untuk jadikan dunia ini lebih baik. Lemah lembut anda adalah satu cabang tenaga yang luar biasa jika dimanfaatkan. Ia adalah sebuah sumber pengaruh yang hebat. Wanita suka membantu.  Gunakan perniagaan anda untuk membantu ramai orang.

2) Nak ubah dunia perlu ubah fikiran. Jadi ubah mentaliti wanita hanya di dapur memasak kepada dari dapur pun wanita boleh buat macam-macam kerja! Wanita banyak emosi, salurkan emosi positif anda untuk beri impak positif kepada orang lain.

3) Jangan takut untuk jadi yang pertama. Wanita pertama menjadi usahawan jutawan? Takluk gunung Everest? Semua boleh.  Takut dan wanita memang tak boleh dipisahkan.  Tapi, wanita ada azam yang tinggi.  Tukarkan ketakutan menjadi satu cabaran.

4) Percaya pada kuasa cinta. Cinta buat anda lebih kuat, berazam dan kebal. Cari kecintaan anda dan manfaatkannya.  Jadikan cinta 'Big Why" utama anda untuk lebih berjaya.

5) Perhubungan lebih bererti berbanding transaksi pembelian. Apa makna hidup kaya tanpa hubungan dengan orang sekeliling? Bina hubungan baik dengan seramai orang, seramai stokis, agen dan pelanggan.  Kasih sayang anda, membantu menceriakan hari mereka.

6) Mula bertindak segera bila masa sudah tiba. Jangan takut. Langkah pertama takkan bermula jika anda takut. Jangan malas dan jangan bertangguh.  ANda wanita adalah pesaing yang hebat.  Bersaing secara bijak dan professional.

7) Halangan adalah batu loncatan. Lagi tinggi halangan, lagi tinggi hasil dan peluang disebaliknya.  Dalam diri wanita sebenarnya ada kekuatan dan kebijaksanaan untuk hadapi semua cabaran.

8) Tahu segala keputusan tak boleh dibuat  secara literal. Pasti ada makna dan sebab di sebaliknya. Telitikan setiap keputusan untuk hasil terbaik. Anda perlu bijak mengawal emosi.  Cari ilmu untuk tingkatkan "emotional Intelligence'.

9) Anda ada kekuatan untuk tempuhi apa yang anda tak tahu. Gunakan kekuatan pada cara dan tujuan yang tepat. Wanita dilahirkan dengan deria rasa yang tinggi.  Dengan ilmu dan deria rasa anda, anda tahu yang mana akan berhasil yang mana tidak. Pastikan anda gabungkan kedua-dua sebaiknya.

10) Memori fizikal anda sentiasa bertambah saban hari. Manfaatkan itu dengan eksplorasi dunia dan cabaran baru! Wanita yang mudah selesa dengan keadaan sekarang dan mudah gembira hanya dengan buat satu-satu perkara yang dia suka, takkan mampu mengisprasikan orang di sekeliling anda.

11) Anda sentiasa mencari kumpulan anda. Berdua, adalah lebih baik. Sepuluh minda pasti lebih hebat dari satu minda.  Perbaiki logistik dan persekitaran anda.  Cari sahabat atau 'circle' yang mampu jadikan anda lebih baik, hari demi hari.

12) Anda berusaha keras untuk bina asas kukuh yang boleh menolak dan membantu anda. Cari apa yang buat anda rasa tercabar dan terbakar! Ingat kembali apa yang menjadikan anda sangat bengang dengan diri dan persekitaran anda.  Apa kata-kata orang dan cemuhan yang menyakitkan.  Tukarkannya menjadi satu tindakan yang menghasilkan kejayaan.

13) Anda tak biarkan ekspresi atau kata-kata orang sebagai penghalang. Mulut tempayan lebih mudah ditutup. Jadi abaikan yang negatif.

14) Anda tak perlukan keizinan untuk buat perkara yang betul. Jadi buat saja apa yang betul. Pastikan anda ada ilmu secukupnya.  Wanita suka ilmu.  Sentiasa upgrade ilmu yan ganda ada.

15) Jangan takut untuk jadi rapuh. Emosi adalah booster terbaik untuk melonjak lebih tinggi. It is OK to cry!

16) Anda unik sebagai ketua mahupun sebagai pengikut. Jadi laksanakan tugas anda sebaiknya. Jangan jadi pengikut yang tidur atau ketua yang lembab.  Pastikan anda sentiasa berada di atas segala situasi supaya anda mampu mengawal sebaiknya.

17) Anda terima kenyataan semua tidak ada yang sempurna. Sempurna ialah bila sentiasa belajar untuk memperbaiki sesuatu.  Tapi anda sentiasa akan berusaha untuk lakukan yang terbaik.  Anda tak mudah mengalah dan tak buat kerja separuh jalan

18) Anda perlu tetap fokus walaupun dunia keliling anda sudah hancur terbalik. Bayangkan macam di rumah, ada anak kecil, ada tugasan rumah yang bertimbun, tapi di penghujung hari semua tetap selesai.

19) Anda empati pada diri dan sekeliling. Empati adalah adalah sesuatu yang hebat.

20) Anda faham bahawa progres adalah lebih baik dari menunggu kesempuranaan datang. Cari dan mulakan sekarang. Mulakan dari kecil.  Pastikan ianya jadi besar.

Tak kisah anda baru berniaga, sudah lama, cuma pekerja, mahupun ketua di jabatan, dalam masyarakat atau mana-mana, andalah super hero. Super hero wanita! Dan anda, patut menghargai serta menyerlahkan karakter hebat anda demi manfaat bersama.

Pastikan anda jadi inspirasi untuk orang di sekeliling anda.

The post 20 Cara Menjadikan Anda Usahawanita Sehebat Wonder Woman appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.