Tuesday, October 17, 2017

Azizan Osman International: 6 Tips Untuk Usahawan Baru Hidup Jauh Dari Hutang

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
6 Tips Untuk Usahawan Baru Hidup Jauh Dari Hutang
Oct 17th 2017, 03:21, by Team Richworks

Orang kata, kalau tak berhutang macam mana nak besarkan bisnes?  Mungkin ada betulnya, tapi hutang yang tak terurus tak bagus untuk bisnes anda yang baru nak bermula. Masalhnya, ramai peniaga baru 'nak up' mudah lupa diri bia nampak duit, atau bila dapat pegang 'title' PENIAGA. 

Cara hidup mula nak ditukar dan lebih bergaya, pejabat perlu cantik, kereta perlu 'ada-ada', sedangan hakikatnya, sales pun 'ala-ala je' – tak da lah banyak mana!

Jadi bagaimana nak "halau" hutang jauh-jauh dari hidup kita lagi lagi yang bergelar peniaga ni?

Tips paling utama, pastikan anda tahu hutang itu jatuh atas anda atau atas syarikat anda.

Jika anda pemilik perniagaan tunggal, anda adalah bisnes. Jika kategori perniagaan perkongsian, konsepnya masih sama. Anda dan rakan kongsi adalah bisnes. Pihak pemiutang pasti akan ada cara untuk kejar dan hambat anda jika anda tidak melangsaikan apa yang sepatutnya.

Hutang boleh sekat, jatuhkan dan heret kehidupan anda serta perniagaan anda jauh ke dalam jurang. Jadi bagaimana nak lepaskan diri dari beban ini? Nak betul-betul bebas hutang, anda kena disiplin. Kawal nafsu gelojoh anda untuk berbelanja. Asingkan duit untuk langsai hutang sampai habis dengan tekun.

Semak laporan kredit anda.

Perkara asas anda kena buat ialah dapatkan laporan penuh jumlah hutang anda. Fahamkan kesemuanya – amaun hutang, amaun perlu bayar balik, interet lambat bayar, jumlah tempoh pembayaran, bagaimana cara nak dapatkan potongan dan sebagainya.

Di sini anda kena semak skor kredit anda. Ingat, anda mewakili bisnes anda (bagi kebanyakan start up, inilah realitinya). Jadi semak betul- betul sebab apa jua yang terjadi, walau sekecil isu seperti terlewat bank-in duit pun mampu ubah skor kredit anda dan bisnes anda.

Skor kredit adalah petunjuk utama profil akaun anda – bersih atau sebaliknya.

Taktik snowball

Senaraikan hutang anda. Susun berdasarkan amaun hutang dari kecil hingga yang paling banyak. Atur strategi untuk hapuskan hutang mengikut turutan. Mula dengan yang paling sikit dan tingkatkan ke paling besar. Biar anda nampak, anda dah berjaya padamkan satu persatu senarai hutang anda dan pasti momentum serta azam anda akan makin membara. Anda akan teruja untuk lebih "berjaya" lagi dan lagi dalam menyelesaikannya.

Berunding dengan pemiutang

Letakkan diri anda dalam posisi pemiutang. Seorang hamba Allah berhutang RM1k dengan anda lapan tahun lalu. Mula-mula asyik nak tuntut, tapi lama-lama anda akan jadi bosan sebab masa anda habis di tempat yang tak bermanfaat. Jadi bila tiba-tiba si polan itu muncul menawarkan diri untuk bayar (walaupun amaunnya tidak cukup) anda akan berbesar hati untuk terima!

Sama situasinya dengan pihak yang beri hutang pada anda. Hutang anda yang lama dan kemungkinan adalah lapuk, sangat merugikan mereka. Kerana mereka perlu juga sediakan satu ruang untuk nama anda bertapak dalam sistem mereka. Jadi jika anda bijak, anda akan berunding dengan mereka untuk minta pengurangan pembayaran balik. Kebanyakan masa, mereka akan terima supaya dapat padam rekod anda segera!

Gajikan pasangan anda untuk kurangkan kos pekerja.

Anda perlukan pekerja tapi anda juga perlu kurangkan kos gaji mereka. Ada banyak cara nak kurangkan komitmen anda dalam bisnes lagi-lagi bab pembayaran gaji. Selain dari pecat orang dan buat semua kerja sendiri (yang mana adalah satu tindakan yang boleh dikira akan memenatkan anda juga), satu cara ialah dengan gajikan pasangan anda.

Asalkan pasangan anda bersetuju, dan sesuai dengan jawatan tersebut, anda bayar mereka dengan kadar separuh dari kadar biasa. Jadi lebihan duit itu gunakan untuk bayar hutang.

Kejar penghutang anda.

Bukan anda saja yang sedang dikejar tapi anda juga patut mengejar mereka yang berhutang dengan anda. Tiada lagi hati baik mahupun ungkapan "tak apa" kerana jika anda tak cari sumber, anda pula yang susah.

Lantik pemungut hutang atau 'debt collector' untuk bantu anda.  Kalau anda 'cerdik' dari awal berurusan dan memberi hutang kepada orang lain, anda dah sediakan perjanjian dengan mereka.

Jual aset anda.

Jika anda ada aset berharga yang kurang digunakan dalam bisnes anda, jualkan saja. Jika perlu pun, anda boleh cari aset yang lebih murah, atau mungkin second hand, asalkan anda ada duit lebih untuk langsai hutang.

Tukar mentaliti anda. Jangan lagi biar papa asal bergaya.

Dave Ramsey, berjaya bina bisnes bernilai 8 angka tanpa secalit hutang sekalipun! Katanya, cara paling baik untuk kembangkan bisnes adalah dengan ambil pengajaran dari kisah kura-kira dan arnab. Biarpun lambat tapi tetap memenangi larian. Tak perlu pinjam untuk kembangkan. Sebaliknya, simpan untuk keperluan dan barulah kembangkan. Kurang risiko dan kesilapan.

Hutang bukan semuanya jahat tapi jika hutang itu membawa mudarat, lebih baik anda selesaikan segera. Anda akan rasa manisnya bila bisnes anda bebas dari cengkaman si penghutang. Tidur lena, hati pun gembira.

Tuan Jerry Rizal, sebagai Pegawai Serantau Kumpulan Richworks – merupakan seorang yang sangat pakar dalam menguruskan hutang.  Dari mula membina kerjaya, beliau telah atur hutangnya sebaik mungkin, sehingga mampu memberikan faedah pula kepada pelaburan hartanah yang diceburinya.  Semuanya ini ada beliau kongsikan dalam Entrepreneur Foundation Program (EFP)

The post 6 Tips Untuk Usahawan Baru Hidup Jauh Dari Hutang appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.