Tuesday, October 17, 2017

Azizan Osman International: Adakah Bisnes Anda Scalable?

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Adakah Bisnes Anda Scalable?
Oct 17th 2017, 03:37, by Team Richworks

"Scalability' adalah satu faktor utama untuk anda usahawan fikirkan, bila anda nak memulakan sesebuah perniagaan atau nak membawa perniagaan yang anda sekarang ke tahap yang lebih tinggi.

Dunia perniagaan sekarang menunjukkan banyak perniagaan yang sangat berjaya dihasilkan kerana perniagaan mereka berasaskan model bisnes yang 'scalable' di mana ianya akan meningkatkan keuntungan, dengan peningkatan jualan tanpa peningkatan kos yang ketara.

Dengan menetapkan target untuk tingkatkan keuntungan tanpa tingkatkan kos, ianya akan membuatkan usahawan berfikir ' bagaimana nak lakukannya?"  Apa yang penting ialah anda perlu fikirkan tentang, adakah cara lain nak mengeluarkan hasil tanpa perlu meningkatkan kos?  Adakah anda perlu lantik lebih ramai staff untuk tambah pengeluaran dan adakah setuap kali ak tambah sales anda perlu tambahkan kos?

Ini adalah antara soalan yang anda perlu tanya apabila anda nak tambahkan keuntungan atau nak besarkan perniagaan anda.  Jika anda jawap 'ya' bagi semua soalan ini, bermakna bisnes anda tidak 'scalable' di mana ianya tak mampu nak buatkan anda membesarkan perniagaan atau meningkatkan keuntungan tanpa peningkatan kos yang ketara.

Betul! Bisnes masih boleh meningkat walaupu ianya tak 'scalable' tapi ianya adalah sangat perlahan.  Jika setiap kali nak tingkatkan pengeluaran supaya dapat tingkatkan sales, anda perlu tingkatkan tenaga kerja, tingkatkan kos lain, ianya tak dapat buatkan anda membesarkan perniagaan dengan cepat. Graf peningkatan bisnes anda akan jadi sangat landai.

Bisnes yang sangat 'scalable' mereka tak akan terikat dengan sebarang peningkatan kos setiap kali mereka mahu tingkatkan pengeluaran.  Mereka sentiasa ada jalan bagaimana nak tambahkan jualan tanpa keluarkan apa-apa.  Contoh seperti Apple, mereka tak perlu keluarkan CD untuk anda muat turun software di mana penghasilan CD memerlukan kos, tetapi anda hanya perlu muat turun sahaja.  Dan, mereka boleh tambah keuntungan dengan buat 2 versi software yang anda kehendaki, versi asas diberikan PERCUMA dan jika anda mahu versi lanjutan anda perlu membayarnya.  Dan versi lanjuta tersebut mereka hanya perlu buat sekali sahaja di laman aplikasi mereka tetapi boleh mendatangkan hasil berkali-kali.

Memang betul, tak semua bisnes boleh menggunakan bisnes model yang 'scalable' tetapi jika anda bijak, anda pasti boleh kenal pasti cara buat duit yang lebih banyak tanpa anda perlu keluarkan terlampau banyak kos.  Anda hanya perlu lakukan beberapa penyesuaian dalam bisnes anda sehingga anda jumpa cara atau sesuatu yang anda boleh tawarkan yang lebih 'scalable'

Jika anda terlibat dalam pengeluaran produk, kenalpasti apa proses yang berulang-ulang yang anda tak perlu lakukannya berulang kali. Bagaimana proses yang berulang ini anda boleh lakukannya secara automatik.  Di barat, banyak pengusaha makanan menggunakan robot sebagai menggantikan tenaga manusia.  Kerana mereka hanya perlu membayar harga robot sekali, membayar servisnya yang minimal, dan boleh gunakannya berkali-kali, tanpa perlu bayar gaji over time, tanpa perlu bayar Insurans kecederaan dan kemalangan da tapa perlu melayan kerenah yang lebih memeningkan!

Dari sini, anda dah dapat kurangkan kos upah dan faedah pekerja dengan menggunakan robot.

Selain dari itu, anda juga boleh mula fikirkan satu produk yang anda hanya keluarkan sekali tapi boleh dijual berkali-kali, dengan mudah tanpa kos penghasilan dan pemasaran yang tinggi.  Sebagai contoh ebook, video tutorial, aplikasi handphone, game, dan banyak lagi yang boleh beri nilai tambah kepada pelanggan anda dan lebih keuntungan kepada anda.

Anda dah bersedia untuk ada model bisnes yang lebih 'scalable'?  Fikirkan, rancang dan mula.

The post Adakah Bisnes Anda Scalable? appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.