Tuesday, October 17, 2017

Azizan Osman International: Bisnes Online – 12 Cara Besarkan Bisnes Kecil Anda.

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Bisnes Online – 12 Cara Besarkan Bisnes Kecil Anda.
Oct 17th 2017, 03:45, by Team Richworks

Bisnes Online adalah salah satu cara atau trend business terkini.  Sesiapa sahaja boleh melakukan bisnes online, tak kira samada pelajar atau surirumah – semua orang boleh buka bisnes online sekelip mata.

Ramai #AnakDidikDrAzizan sendiri bermula dari bisnes online kecil-kecilan sehingga mampu bina jenama besar sendiri.  Namun, tak dinafikan jika tak ada ilmu, sukar juga untuk anda yang dah ada bisnes online nak mengembangkan pasaran anda.

Anda mungkin akan stuck dengan teknik pemasaran yang sama atau hanya berharap pada strategi yang sama untuk dengan harapan untuk besarkan bisnes – memang tak boleh la!

Jika anda sudahpun memiliki satu platform bisnes online yang popular dalam kalangan pelanggan, dan anda dah bersedia untuk jadikannya lebih besar – 12 tips berikut mampu bantu anda untuk kembangkan lagi peluang meningkatkan jualan anda!

Dengan jumlah keuntungan yang ada dalam tangan, ada banyak pilihan yang boleh anda buat untuk kembangkan lagi bisnes anda. Antaranya;

1) Kembangkan jalur produk anda dan perkenalkan produk atau variasi baru produk – contohnya warna, saiz atau stail yang akan beri anda ruang untuk sampai pada lebih ramai pelanggan

2) Tingkatkan pemasaran dan pengiklanan anda untuk tarik lebih ramai pelanggan dan jualan lebih tinggi untuk produk sedia ada.  Anda tak boleh bergantung kepada FB Ads, dan segala cara online marketing sahaja.  Sudah sampai masanya anda menggunakan ilmu dalam Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) menggunakan formula POWER, Marketing Action Plan dan boleh pilih lebih dari 150 strategi marketing yang dikongsikan untuk meningkatkan pemasaran anda.  Contoh: Anda mungkin dah boleh mengedarkan flyers untuk memberitahu lebih orang tentang bisnes online anda.

3) Cari idea baru untuk produk yang berbeza  anda sekarang dan buka satu atau dua lagi bisnes online yang anda akan jalankan serentak. Ini akan mudah dilakukan bila anda bukan sahaja boleh 'duplicate' bisnes ada tapi juga mampu 'duplicate' diri anda yang berfungsi untuk menguraskan bisnes-bisnes online anda tersebut.  COntoh: Jika anda dah mahir berniaga produk kecantikan secara online – anda mungkin nak duplicatekan atau menggadakan bisnes dengan buka bisnes fashion.  Anda hanya perlu tiru sistem yang sama, dan cara pengurusan yang sama. Anda hanya perlu tambah ilmu dari segi industri yang berbeza sahaja.

4) Gajikan pekerja untuk urus bisnes anda jika anda dah tak cukup tangan dan kaki untuk uruskan kedai anda.   Anda takkan mampu nak uruskan 4-5 bisnes online anda sendiri.  Mulakan langkah dengan lantik kakitangan – untuk duplicatekan diri anda.

5) Berhenti kerja untuk tumpukan perhatian penuh pada bisnes maya anda. Ini penting!  Ramai pemilik bisnes online adalah masih bekerja, bila anda dah mampu buat 2-3 bisnes online, dan income anda dah jauh lebih tinggi dari gaji bulan-bulan, berhentilah kerja!  Janganlah tamak sangat! Biar bagi peluang kepada orang lain pula untuk bekerja dan ambil gaji anda

Tips untuk kekalkan aliran masuk pelanggan dan tingkatkan peluang untuk mereka ulang beli dengan anda, anda perlu refresh kedai online pada setiap beberapa bulan. Kemaskini kandungan, gambar, skema warna, dan imej visual kedai malah perbaharui semula tawaran-tawaran anda.

Setiap 3-4 bulan, telitikan dan analisa jualan ada. Cari produk bestselling dan yang kurang popular. Fokus pada produk yang laju dan jika boleh, buang saja produk yang tidak laku.

Anda juga boleh keluarkan item mengikut musim atau buat jualan 'sempena' – contohnya Sempena Hari Ibu, Hari Ayah, Krismas, Hari Raya, dan macam-macam lagi. Dan bertepatan dengan musim-musim cuti itu, dekorasikan kedai maya anda mengikut temanya.

Jualan murah atau promosi boleh anda lancarkan bila tibanya musim cuti. Pengurangan harga, mahupun pemberian hadiah percuma, tawarkan saja pada mereka. Ini adalah strategi pantas, mudah dan terbukti untuk lonjakkan bisnes anda, asalkan tawaran anda bernilai dan tidak mengelirukan.

Kunci utama untuk pastikan kedai maya anda sentiasa hidup ialah dengan memahami bahawa kedai anda perlu sentiasa dikemaskini dan bukan statik saja. Ubah sedikit di sana sini untuk lebih segar dan rasa baru.

Tapi jangan pula terburu-buru dalam membuat perubahan. Rancang dan ikut pelan anda. Sebelum ubah sesuatu, pastikan anda tahu kenapa anda ubah, apa matlamat perubahan itu dan apa kesan perubahan pada pelanggan anda. Pelanggan anda adalah nadi anda.

Berikut adalah nota tambahan untuk anda tentang bagaimana untuk kembangkan lagi online bisnes anda:

1) Tambah jumlah produk kedai. Tapi pastikan produk itu sesuai dan berkaitan dengan barangan lain. Ataupun, sediakan satu seleksi premium produk dan jual pada harga lebih tinggi. Janganlah dah elok-elok jual produk kesihatan, pergi tambah jual sambal pula!

2) Tingkatkan kualiti gambar. Ubah stail fotografi anda.

3) Luaskan target pelanggan anda. Buat iklan berasingan untuk dua target ini – baru dan lama. Anda mungkin dah boleh buat online business menggunakan Bahasa Inggeris untuk tarik pasaran antarabangsa.

4) Jika belum lagi mulakan proses pengeposan dan pembayaran antarabangsa, buat sekarang.

5) Tingkatkan pelaburan online untuk iklan berbayar anda.

6) Cari peluang lain selain di platform online business.  Jika anda sudah kukuh dengan online business anda,, cuba untuk masuk ke butik, vendor, atau lain-lain tempat channel online yang lebih besar seperti Lazada, Zalora, Amazon.com, dan lain-lain. Tapi ingat, jika anda bekalkan pada mereka, anda perlu jual pada harga borong. Jadi pastikan ia berbaloi dan masih beri untung. Anda boleh juga buka portal online business  anda sendiri dan tak bergantung pada mana-mana portal yang lain-  di mana anda boleh deko dan olah sendiri kedai anda.

7) Bila permintaan untuk produk sudah banyak, cari jalan untuk tingkatkan kadar pembuatan atau pembekalan. Cari  tools lebih bagus dan masa yang sama, kurangkan kos seperti kos bekalan di mana anda boleh mula untuk cari pembekal murah atau beli terus dari kilang. Lebih diskaun, lebih keuntungan.

Mana-mana 12 tips ini, jika anda berjaya lakukan, anda juga yang mendapat manfaatnya. Jadi, selamat mencuba!

The post Bisnes Online – 12 Cara Besarkan Bisnes Kecil Anda. appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.