Tuesday, October 17, 2017

Azizan Osman International: Dah Buat ‘Marketing Plan’ Untuk 2018? 5 Tips Untuk Bantu Anda.

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Dah Buat 'Marketing Plan' Untuk 2018? 5 Tips Untuk Bantu Anda.
Oct 17th 2017, 03:48, by Team Richworks

Nak berjaya dalam pemasaran perlu ada perancangannya sebaiknya. Letakkan ia dalam satu slot khas fail anda – perancangan pemasaran seeloknya dilihat dan di analisa secara bulanan atau mengikut suku tahunan serta sediakan laporan bulanan jualan atau produksi anda.

'Marketing Plan' anda perlulah bertahan paling kurang untuk setahun. Ini termasuk dalam menangani isu perubahan pasaran, pelanggan dan juga permasalahan dalam tempoh 2-4 tahun akan datang.

Nak tulis perancangan bukan hanya perlu sehari dua. Berikan waktu pada diri anda dalam beberapa bulan untuk siapkannya.  Anda perlu adakan sedikit 'research' dan 'observation'.  Lihat apa yan gada dalam pasaran anda, apa yang bakal ada dan cuba jangkakan.  InsyaAllah meskipun cabaran menyiapkan dan menjalankan pelan berbeza, ia akan mampu dilaksanakan.

Siapa yang perlu tahu dan nampak 'marketing plan' anda? Semua warga kerja syarikat anda. Dua situasi biasa jika mereka sembunyikan 'marketing plan' mereka ialah, samaada mereka tiada perancangan yang bagus ataupun perancangan mereka terlalu berharga untuk didedahkan pada pesaing.

'Marketing Plan' tak boleh dibina berseorangan. Kecil atau besar, anda perlu sentiasa dapatkan maklum balas dari pihak kewangan syarikat, produksi dan lain-lain. Pastikan orang kuat  dan orang penting dalam bisnes anda berikan pendapat mereka kerana merekalah yang akan menjadi penyumbang terbesar kejayaan pelan pemasaran anda. Berikan ruang untuk mereka berdiskusi, beri pendapat, atau menambah mana-mana yang kurang dalam pelan pemasaran anda.

Apa beza 'marketing plan' dengan pelan bisnes atau visi syarikat. Pelan bisnes lebih menyeluruh. Ia memiliki semua bahagian yang penting dalam bisnes dan bukan pemasaran sahaja. Ia ada klausa tentang pekerja, kewangan, perkongsian strategik dan lain-lain.

'Marketing Plan' anda sepatutnya menjadi:

1) Sebagai titik asas kepercayaan.

Pelan pemasaran buatkan pasukan anda percaya dan yakin bahawa mereka ada sesuatu matlamat penting yang perlu diselesaikan. Mereka tahu mereka juga penting dalam memastikan kejayaan sesebuah pemasaran itu. Jadi bila anda berkongsi pelan anda dengan mereka, kemungkinan untuk pelan pemasaran itu berhasil lebih tinggi.

2) Titik permulaan bagi kejayaan.

Orang yang gagal bukan merancang untuk gagal sebaliknya gagal merancang! Memang kita takkan tahu apa sekalipun yang akan berlaku pada masa depan tapi dengan adanya perancangan, segala apa yang kita lakukan hari ini lebih tersusun dan menuju ke arah matlamat kita. 'Marketing plan' yang anda buat perlu ada matlamat dan apa yang anda nak capai.  Terutamanya dalam bentuk target jualan.  Anda juga perlu tahu apa kosnya dan akhir sekali jangkaan keuntungan.

3) Manual operasi syarikat.

Setiap benda yang anda beli hampir semuanya memiliki manual penggunaan. Bayangkan jika benda yang lebih mudah dan kecil pun ada manualnya, inikan pula syarikat anda. Ia lebih penting dari pernyataan visi dan misi anda. Untuk sediakan 'marketing plan' ini, anda perlu mahir dan tahu semua selok belok syarikat dari sekecil- kecil benda sekalipun.

4) Terjemahan pemikiran

Jika anda tak boleh hafal semua benda dalam satu otak, kenapa anda tak tulis sahaja supaya senang ingat? Kecil atau besar, tulis untuk visualisasi dan supaya ia lebih mudah untuk dicapai sebab anda nampak! 'Marketing plan' adalah pelan tindakan anda yang mungkin akan anda lupa nak buat jika dibiarkan dalam otak.

Bila ditulis, jika anda 'hilang ingatan' pun, ianya masih boleh dilaksanakan.

5) Refleksi penting

Bila hari anda dah penuh dengan pelbagai macam benda, sukar untuk kembalikan fokus pada gambaran besar pelan asal anda. Lagi-lagi bab yang tak berkait terus dengan operasi harian syarikat. Anda perlu fikir sama ada apa yang anda buat itu beri manfaat yang sepatutnya atau tidak pada syarikat. Dan untuk lakarkan 'marketing plan' anda atas sekeping kertas, anda perlukan ketenangan.

Pergilah bercuti, dan asingkan diri anda dari kesibukan sementara supaya apa yang anda rancangkan akan jadi hebat dan bermakna untuk bisnes. Jadi anda boleh refleks perkara penting dalam bisnes anda dengan tenang dan tidak tergopoh gapah kerana refleksi inilah yang akan tentukan perancangan pemasaran anda di masa akan datang.

Pelan -pelan pemasaran anda yang ditulis selama ini boleh juga dilihat kembali dan diukur sejauh mana progres bisnes anda. Bukan saja ia boleh berikan anda pandangan tentang apa yang telah anda lakukan selama ini, ia juga boleh beri anda idea untuk rancangkan apa strategi yang seterusnya juga.

Jadi jangan lupa untuk merancang!

The post Dah Buat 'Marketing Plan' Untuk 2018? 5 Tips Untuk Bantu Anda. appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.