Tuesday, October 17, 2017

Azizan Osman International: Tak Ubah Hidup Sekarang, Anda Akan ‘Diubahkan’ – Oleh Dr Azizan Osman

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Tak Ubah Hidup Sekarang, Anda Akan 'Diubahkan' – Oleh Dr Azizan Osman
Oct 17th 2017, 04:18, by Team Richworks


Nak ubah hidup ke? Nak kurus ke? Sama sahaja dengan proses dengan nak kaya atau nak ubah kewangan atau nak bahagia dalam perhubungan atau nak bina kerjaya.

Prosesnya sama. Soalannya, sanggup tak komited buat tindakan dan komited dengar cakap coach atau mentor yang ‘proven success’, dapatkan ilmu yang ‘proven result’ dan komitmen disiplin yang tinggi?

Bertahun-tahun hidup takkan tidak ada rasa mahu lakukan peningkatan diri dan hidup kecuali ada peningkatan umur?

Beberapa hari lepas di dalam sesi follow up MMM Coaching, saya berkongsi tentang kenapa sesi mentoring dan coaching Titanium Circle beri impak yang penting kepada usahawan di bawah Titanium sehingga jualan meningkat pada tahap nenek luar biasa atas izinNya?

Ia sesuatu 'clarity' yang saya dapat 'recenty' bila saya 'gone through my diet regime' dan mendapat perubahan besar dari 131.4kg ke 97kg (kurang 34.4kg) dalam tempoh hampir 5-bulan.

Saya bertanya dalam kelas coaching saya- siapa tahu apakah cara yang mereka tahu bagaimana untuk kuruskan badan?

Seorang jawab, jangan makan carbo.

Ada yang jawab jangan minum air manis.

Ada yang jerit, exercise.

Ada yang kata makan sayur (Cuma ini saya tak setuju sikit sebab lembu makan rumput pun tak kurus-kurus!)

Dan saya jawab- semua jawapan mereka betul dan tidak salah.

Tapi, kenapa dah tahu semua 'ni dan mungkin mereka boleh Google lagi 1001 cara nak kurangkan berat badan tapi tetap begitu ramai orang ada masalah kegemukan dan obesiti?

Selepas saya sendiri lalui proses 5-bulan ni dan Insha Allah 'on track' untuk capai berat ideal 75-kg saya dalam masa 3-4 bulan ni Insha Allah. Saya semakin jelas dan dapat 'certainty' apakah faktor yang buat saya dapat progress ke tahap ini sekarang, kenapa saya gagal dulu dan kenapa ramai tidak mampu ubah hidup dan tahap kewangan walaupun ilmu katanya banyak boleh dapat free di Google, Youtube atau boleh baca buku, tetapi ramai tak kaya-kaya, ramai tak mampu bina bisnes sampai RM100,000 sebulan sedangkan dalam sesi coaching saya Ahad lalu, saya dapat bercakap dengan 3 orang secara 'direct' yang berkongsi peningkatan tahap jualan bisnes mereka yang meningkat naik hanya dalam tempoh 3-6 bulan, sehingga dah mampu capai antara RM100,000 ke RM200K,000 sebulan. Sedangkan ada yang baru mula berniaga sejak April 2017 sahaja.

Apa yang saya dapati dan belajar kenapa yang berjaya itu berjaya dan kenapa yang gagal terus gagal? Cabaran ramai hari ini di dalam mencapai sesuatu impian adalah cabaran untuk FOKUS buat sesuatu terbaik sehingga habis!

1/ Terlalu banyak 'distraction' keliling kita yang cuba menarik perhatian kita

2/ Kita juga tidak benar-benar KOMITED dan FOKUS dengan sasaran kita

3/ Kita sendiri benarkan diri kita "terganggu" dan diganggu kerana kita sentiasa rasa apa yang kita sedang lakukan tidak cukup bagus sedangkan kita belum buat habis bagus.

Dan kalau kita tak nak buat sesuatu dengan diri kita, tak nak ubah kehidupan, ubah sikap, ubah mentaliti – kita akan diubahkan!  Cuba anda  fikir, 10-11 tahun dulu jenama-jenama  seperti iPhone, WhatsApp, Nest, 4G, AirBNB, Snapchat, dan banyak lagi tidak wujud.

Tapi hari semuanya itu bernilai berbillion dollar!

Cuba perhatikan dan fikir! Perkara yang paling pasti setiap hari dan setiap masa adalah PERUBAHAN! Jika kita terus lakukan apa yang kita lakukan dengan cara yang sama 'then' tidak perlu peliklah yang kita akan dapat hasil yang sama! Banyak bisnes lingkup sebab tidak mahu berubah! Banyak juga hidup melingkup sebab kita tak mahu berubah!

Ramai usahawan ala-ala berjaya semalam tapi hari ini dah tutup bisnes! Syarikat besar pun lingkup apatah lagi ikan bilis yang baru nak up! Isunya ialah tidak mahu berubah, tidak mahu 'upgrade' diri dan 'game business' mereka! Rasa selesalah sangat berada ditahap yang sama! Tidak mahu 'innnovate' dalam bisnes dan strategi pemasaran!

Tidak mahu BERUBAH? Anda akan "diubah" keluar dari pasaran! Dan cara paling pantas untuk 'cope' dan 'catch up' semua perubahan ini adalah anda mesti sentiasa 'upgrade' ilmu, strategi, teknologi, 'skills' dan sentiasa 'access' kepada 'information' yang jauh ke hadapan. Itulah salah satu 'value' penting di Richworks dan apa yang saya percaya!

Bisnes yang tidak inovatif, tidak guna 'latest strategy' 'especially marketing', bisnes itu akan meninggal esok hari! Mungkin tak sempat esok hari, mungkin juga hanya sampai petang ni!

Tidak payah mimpi nak ubah hidup jika tidak mahu ubah diri untuk belajar! The more you learn and committed in taking massive action, the more you earn and grow your life and business!

Kepantasan adalah nilai paling penting dalam mana-mana bisnes dan kerjaya! Orang sanggup bayar lebih untuk CEPAT, SEGERA dan SEKARANG!

Faham ke? Jika tidak then kesian. It's time to upgrade RAM processor otak kita!

The post Tak Ubah Hidup Sekarang, Anda Akan 'Diubahkan' – Oleh Dr Azizan Osman appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.