Monday, October 16, 2017

BeautifulNara: Emma Maembong Terluka Dengan Kamal Adli, Hubungan Cinta Sedang Bermasalah?

BeautifulNara
 
Emma Maembong Terluka Dengan Kamal Adli, Hubungan Cinta Sedang Bermasalah?
Oct 15th 2017, 19:00, by Bella

Gara-gara timbulnya kontroversi cinta lokasi diantara Kamal Adli dan Zahirah Macwilson ketika bergandingan bersama di dalam drama Duda Pujaan Dara, ada pula spekulasi baru yang mengatakan hati Emma Maembong terluka dengan berita tersebut dan kini hubungan percintaan beliau dan Kamal sedang bermasalah. Namun, ini bukan kali pertama berita keretakan hubungan mereka ini diperkatakan.

Kali ini, Emma nampaknya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan dan meminta pihak media bertanyakan tentang kebenaran kontroversi tersebut kepada  Kamal dan Zahirah. Mungkin tidak mahu pelbagai spekulasi liar terus memburukkan keadaan, Kamal menjelaskan hubungan beliau dan Emma masih lagi baik dan beharap peminat mendoakan mereka ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Hubungan kami baik dan berjalan seperti biasa. Saya tak mahu komen perkara ini. Lagipun, tiada apa saya kongsikan ketika ini. Saya dengan Emma baik-baik saja. Saya harap peminat terus mendoakan hubungan kami supaya berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Sudah hampir tiga tahun juga mereka bercinta dan rasanya Kamal dan Emma sudah boleh ke fasa yang lebih serius agar tidak lagi timbul sebarang fitnah ataupun kontroversi. Bercinta lama-lama memang banyak dugaannya.

Sumber Berita : Harian Metro

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.