Tuesday, October 17, 2017

BeautifulNara: Ezlynn Kecewa Suami Pecah Masuk Rumah, Rembat Semua Barang

BeautifulNara
 
Ezlynn Kecewa Suami Pecah Masuk Rumah, Rembat Semua Barang
Oct 17th 2017, 00:23, by serenity

Bagaimana jika anda balik ke rumah mendapari barang-barang dalam rumah telah dirompak? Dan bayangkan kemudiannya anda dapati yang merompak ialah suami sendiri?

Begitulah yang berlaku pada penyanyi Ezlynn. Dia memuat naik gambar-gambar keadaan rumah yang kosong semalam dengan kapsyen:

I came home to this?!! What the hell is this.. my home no gate anymore.. what the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku!! Now barang-barang semua kau ambil. Kau rosakkan rumah .. kau buat hutang aku tanggung semua.. Aku diam kau naik kepala.. Kau memang jahat!! Suami tak guna .. kawan tak guna, manager tak guna.. menyesal aku kenal kau seumur hidup aku.. Hutang tak mahu bayar asyik bercuti je.. kerja tak mau.. ya Allah kau perdgr kanlah hati aku ini ya Allah .. dengarkan doaku ya Allah… tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil.. Kau ada lah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal..

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah mendirikan rumahtangga dengan Adam Fahmy sejak 2011 namun telah memfailkan perceraian pada tahun ini. Kes mereka masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Sementara itu, melalui BH Online Ezlynn mendedahkan yang dia telah membuat tiga laporan polis berhubung tindakan suaminya, Adam Fahmy, yang didakwa memasuki kediamannya di Damansara Perdana untuk mengambil barang berharga.

Saya sudah tak tahan dengan perangainya. Kenapa sampai perlu nak rosakkan barang seperti pagar? Bukannya dia tak boleh ambil kunci dengan adik-beradik saya. Selalunya saya tinggalkan kunci rumah dengan kakak.

Habis semua barang berharga dia ambil, hingga tiada apa yang tinggal untuk saya. Daripada barang elektronik, kelengkapan riadah hinggalah yang berharga. Bayangkan kotak peti keselamatan pun dia ambil.

Setahu penulis, Adam Fahmy hanya bekerja menguruskan kerjaya Ezlynn sejak mereka belum berkahwin dan Ezlynn juga telah menamatkan khidmat Adam Fahmy sebagai pengurusnya sejak Julai lepas. – beautifulnara.com

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.