Monday, October 16, 2017

BeautifulNara: Isu Kebajikan Ahli SENIMAN Yang Tidak Terbela : Rakan Artis Tampil Berikan Komen Dan Pertahankan Tiz Zaqyah

BeautifulNara
 
Isu Kebajikan Ahli SENIMAN Yang Tidak Terbela : Rakan Artis Tampil Berikan Komen Dan Pertahankan Tiz Zaqyah
Oct 16th 2017, 02:45, by Bella

Isu Tiz Zaqyah yang meluahkan rasa kecewa terhadap persatuan SENIMAN yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan mengabaikan kebajikan artis turut mendapat perhatian rakan artis lain yang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tiz.

Menurut pelakon Ungku Ismail Aziz, tidak salah untuk Tiz menyuarakan pendapatnya secara terbuka di media sosial dan ia sekaligus menyelar tindakan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi yang mahu pelakon wanita itu hadir ke mesyuarat ahli SENIMAN sekiranya beliau benar-benar serius ingin mempertahankan nasib artis.

Tambah Ungku Ismail lagi, kenapa harus bermesyuarat sahaja sedangkan beberapa masalah dalaman utama seperti waktu bekerja dan bayaran gaji artis yang tidak menentu, hak ahli dan perlindungan buat mereka yang terlibat dalam industri hiburan masih tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang. Kerjaya sebagai artis ini mungkin indah di mata masyarakat tetapi hakikatnya mereka juga perlu melalui saat sukar.

Buat pelakon Syazwan Zulkifly pula, beliau merasakan dirinya di anak tirikan apabila digam oleh stesen televisyen Malaysia ketika mempunyai masalah dengan seorang pelakon daripada Singapura sebelum ini. Isu beliau sama sekali tidak mendapat perhatian serta bantuan daripada SENIMAN meskipun Syazwan adalah ahli persatuan tersebut. Syazwan juga menggelarkan SENIMAN sebagai "funnyman".

Nampaknya semakin ramai artis yang sudah bersuara. Mungkin Zed Zaidi ada jawapan untuk kenyataan mereka ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : Instagram Ungku Ismail Aziz / Syazwan Zulkifly

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.