Tuesday, October 17, 2017

BeautifulNara: Rita Rudaini Tutup Restoran Kerana Komitmen Kerja, Bukan Sebab Tak Laku

BeautifulNara
 
Rita Rudaini Tutup Restoran Kerana Komitmen Kerja, Bukan Sebab Tak Laku
Oct 17th 2017, 01:24, by serenity

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini ada membuka sebuah restoran yang dinamakan Rumeh Kueh yang terletak di Sunway Giza,  Kota Damansara. Restoran itu menghidangkan makanan seperti nasi, lauk pauk dan kuih tradisional.

Gambar: Berita Harian Sg

Namun begitu, ia hanya beroperasi selama setahun sebelum ditutup sejak Ramadan lepas. Kepada Harian Metro, Rita mendakwa ia bukan ditutup kerana tidak laku, sebaliknya kerana komitmen terhadap kerja lain dan lakonan.

Ia terpaksa ditutup kerana saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap restoran itu. Ini kerana komitmen kerja dan jadual lakonan saya amat padat.

Bagi saya, apabila membuka perniagaan restoran saya perlu berada di sana atau wakil ahli keluarga perlu memantaunya. Kalau harapkan orang luar untuk menjaga restoran itu agak susah.

Rita bagaimanapun mengakui banyak masalah yang timbul sepanjang restoran itu dibuka dan dia juga tidak percaya jika orang luar mengendalikannya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Banyak masalah yang timbul sepanjang setahun menguruskan restoran itu. Bagaimanapun, itu perkara biasa kerana dalam setiap perniagaan pasti ada ujian dan masalah yang perlu saya hadapi.

Dia juga menafikan bahawa restoran itu tidak laku mahupun mengalami masalah kewangan. Dia juga tidak meraih keuntungan dari perniagaan restoran tersebut.

Saya anggap ini semua pengalaman untuk saya.

Penulis cuba mencari beberapa review pelanggan berkenaan Rumah Kueh, antaranya, seorang penulis blog mendakwa harga kuih tradisional di situ terlalu mahal.

Menurut Red Bella:

Haaa.. Kau rasa?? Kuih cara RM6 ada 5 ketul. Kuih koci RM3.60 ada 2 ketul. Hahahaha.. Rasa macam orang kaya makan kuih je.

Apa pun, membuka sebuah perniagaan makanan memang bukan mudah. Pengalaman yang didapati boleh digunakan untuk memperbaiki perkhidmatan sekiranya membuka semula restoran di masa hadapan, bukan? – beautifulnara.com

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.