Wednesday, October 18, 2017

BeautifulNara: Saya Bukan Peminat Shahir, Kami Sudah Sebulan Berkenalan Dan Kerap Keluar Bersama – Mona

BeautifulNara
 
Saya Bukan Peminat Shahir, Kami Sudah Sebulan Berkenalan Dan Kerap Keluar Bersama – Mona
Oct 18th 2017, 00:08, by Bella

Semalam penyanyi Shahir AF Megastar 2017 menafikan beliau kini sedang bercinta dengan seorang pramugari susulan tersebarnya foto mesra beliau bersama wanita tersebut di Internet. Shahir dalam penjelasan beliau mengatakan wanita tersebut yang dikenali sebagai Mona cuma peminat beliau yang menyokong Shahir sepanjang program AF Megastar 2017 berlangsung.

Terbaru, Mona tampil menjelaskan perkara sebenar dan memberitahu beliau bukan peminat Shahir mahupun program realiti yang disertai oleh penyanyi tersebut. Mona dan Shahir sudah sebulan berkenalan menerusi laman sosial Instagram dan mereka kerap keluar bersama.

Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut. Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar.

Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah.

Kalau benar ada hubungan kenapa Shahir hendak menafikannya? Emmm..

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.