Tuesday, October 17, 2017

BeautifulNara: Shahir AF Megastar 2017 Nafi Sedang Bercinta Dengan Pramugari

BeautifulNara
 
Shahir AF Megastar 2017 Nafi Sedang Bercinta Dengan Pramugari
Oct 17th 2017, 07:04, by Bella

Susulan tersebarnya foto beliau bersama seorang wanita jelita yang merupakan seorang pramugari, penyanyi, Shahir menafikan khabar angin beliau sedang hangat bercinta dengan wanita tersebut. Jelas Shahir, wanita itu adalah peminat setia yang sering menyokong beliau sepanjang berlangsungnya program AF Megastar 2017.

Saya tiada hubungan istimewa dengan wanita terbabit, saya mengenali dia sejak sebulan lalu dan mengaku dia sering memberi sokongan sepanjang program AF Megastar berlangsung. Tapi tidaklah sampai dia jadi kekasih atau ada hubungan lain.

Kami baru kenal dan kalau keluar beramai-ramai, tapi tidak tahu mengapa dia ambil gambar seolah-olah kami berdua sahaja. Tentang kapsyen love itu juga saya tidak tahu, kena tanya dialah mengapa tulis begitu pula.

Peminat Shahir dan Erra dah boleh tarik nafas lega dan tidak kecewa lagi. Nampaknya hubungan mereka masih utuh kerana Shahir tidak mempunyai kekasih baru.

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.