Wednesday, November 15, 2017

Azizan Osman International: 5 Tips Pencarian Staf Untuk Usahawan Baru

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
5 Tips Pencarian Staf Untuk Usahawan Baru
Nov 15th 2017, 03:17, by Team Richworks

Tanpa team yan hebat, anda dan syarika anda mungkin perlukan masa yang lebh lama untuk maju dan berkembang. Dan untuk mencari pasukan kerja yang hebat dan sesuai, anda perlu melalui proses yang kritikal – kerana anda perlu yakinkan mereka bahawa anda layak untuk memiliki mereka. Mari ikuti 5 tips yang boleh dipraktikkan dalam pencarian bakat baru syarikat anda.

1) Berterus terang mengenai apa yang syarikat anda perlukan.

Pastikan anda tahu dahulu apa yang syaikat anda perlukan. Tetapkan dengan jelas contohnya apa jawatan, dan bidang tugasnya supaya calon anda tahu, dan yakin tentang hala tuju mereka dalam syarikat anda. Beritahu dengan jujur dan nyata apa kemungkinan yang mereka bakal hadapi, dan apa ekspektasi anda terhadap mereka. Tunjukkan bahawa anda dan syarikat anda adalah profesional dan berdedikasi serta memerlukan tenaga kerja yang juga professional dan berdedikasi.

2) Bina hubungan dan persepsi positif dengan calon.

Anda tak boleh tangkap muat dengan siapa yang bekerja untuk anda. Jika anda tak mahu calon yang datang adalah kategori tangkap muat, anda perlu setkan satu standard imej syarikat anda sendiri. Sungguhpun anda mempunyai visi dan hala tuju yang luas dan jauh, tapi jika 1st impression anda kurang memuaskan, anda mungkin kehilangan bakat yang bagus dan sesuai untuk anda. 1st impression penting kerana mereka tak tahu siapa anda, dan tak pernah bekerja dengan anda. Jadi apa rujukan yang mereka ada? Tentunya imej anda. Jika calon anda tidak menepati kriteria yang dimahukan, anda mungkin boleh memberikan referal kerja lain pada mereka. di sini anda sedang membina 'imej dan perasaan baik' dalam pandangan mata mereka.

3) Tawar reward yang sesuai

Tak semestinya anda perlu berikan reward dalam bentuk gaji dan bonus sahaja. Anda boleh juga berikan mereka peluang untuk meningkatkan skil, peluang untuk berjumpa dengan orang-orang hebat, dan sebagainya yang berikan kesan lebih baik dan berpanjangan buat perjalanan kerjaya mereka.

4) Cari bantuan dalam mencari pekerja.

Anda usahawan baru yang tiada pegalaman menguruskan soal pencarian bakat baru. Sudah pasti anda sangat memerlukan bantuan dari luar! Sama ada anda mencari calon melalui agensi, atau anda meminta bantuan rakan yang pakar, anda perlukan bantuan! Jangan malu atau segan. Anda perlukan calon yang tepat dalam pencarian yang singkat kerana anda mahu mengurangkan risiko kos anda kerana jika anda tersalah pilih calon, anda perlu bazirkan waktu dan wang lagi untuk mencari calon lain nanti.

5) 'Pegang dan ikat' calon anda.

Pegang dan ikat mereka dengan peluang yang mereka akan dapat jika terus bekerja dengan anda. Risiko pekerja baru untuk berhent kerja tinggi jika mereka tak nampak apa hala tuju mereka dengan anda. Tak bermakna jika mereka menerima tawaran kerja anda, mereka akan terus setia dengan anda selama-lamanya. Jad anda perlu sentiasa  buka peluang untuk mereka meningkatkan kemampuan diri mereka masa ke semasa. Dan jangan lupa, buat mereka rasa mereka penting untuk syarikat dan layan mereka seperti keluarga sendiri (tapi tentulah dengan batas sebagai pekerja juga).

Jika anda kata nak cari calon tak mudah, sebenarnya untuk kekalkan mereka dengan anda lagi susah jika anda tak tahu strategi dan tekniknya. Jadi, cuba praktikkan tips ini dan lihat hasilnya.

The post 5 Tips Pencarian Staf Untuk Usahawan Baru appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.