Friday, November 17, 2017

Azizan Osman International: Bagaimana Anda Isi Masa Lapang Anak Ketika Musim Cuti Sekolah. Asyik Tengok Tv Dan Main Game Akan Lemahkan Akal Fikiran Mereka.

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Bagaimana Anda Isi Masa Lapang Anak Ketika Musim Cuti Sekolah. Asyik Tengok Tv Dan Main Game Akan Lemahkan Akal Fikiran Mereka.
Nov 17th 2017, 10:47, by Team Richworks


Cuti sekolah dah mula, anak-anak happy gila, mak ayah pulak pening kepala.  Mana nak fikir siapa yang nak jaga dan tengok-tengokkan anak ketika musim cuti ni?  Nak fikir apa aktiviti yang bakal mereka lakukan.  Kalau dibiarkan di rumah saja, jawapannya mesti asyik tidur, makan, tengok tv dan main gajet sahaja. Betul kan…?

Memang itu lumrah anak-anak. Tak salah. Tapi, takkan sepanjang musim cuti ini kita taknak hadiahkan pengalaman terbaik untuk mereka?  Takkan kita nak biarkan otak mereka lemah sebab asyik disogokkan dengan rancangan tv, kartun dan game saja?

Sudahkah anda merancang aktiviti untuk mengisi masa lapang anak-anak anda pada sesi cuti sekolah nanti? Adakah anda kenal sesiapa yang sedang mencari aktiviti sesuai untuk anak-anak mereka untuk cuti sekolah ini?

Kem Khalifah Super Insan adalah program cuti sekolah yang berbeza dengan program yang lain. Program ini dibangunkan dengan berpegang pada prinsip apakah sesuatu yang boleh kita sumbangkan kepada pembangunan jati diri anak-anak?

Kem ini juga dibangunkan untuk menyedarkan kita bahawa kalau kita tidak melakukan apa-apa usaha, remaja dan anak-anak yang kita lahirkan tidak akan mempunyai kualiti dan tidak mampu untuk memimpin ummah, agama, keluarga mereka dan organisasi mereka suatu hari nanti.

Program RichKids SmartKids – Kem Khalifah Super Insan akan diadakan di dua lokasi seperti tarikh berikut.

  • Akan Dimaklumkan, Hulu Langat, Selangor  | 8 – 10 Disember 2017 
  • Kem Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal, Melaka | 15 – 17 Disember 2017  

Dalam kem 3 hari ini, anak-anak anda akan berpeluang untuk mengalami satu pengalaman yang berbeza di mana mereka:

  • Didedahkan dengan makna karakter remaja terbaik yang mempunyai adab dan akhlak yang tinggi
  • Membina semangat kerjasama dan teamwork
  • Berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti memanah, paint ball, dan banyak lagi aktiviti
  • Didedahkan dengan formula SMART – Solat, Minda, Akhlak, Agama, Rebut Pahala, Tawakal)

Jika anda nak kami bantu anda memberikan ilmu, pengalaman, rasa, memori dan manfaat yang terbaik untuk anak anda, sila layari richworks.my/richkids untuk maklumat lanjut atau WhatsApp 016-2614450 (Ameerul) untuk info lanjut.

 

The post Bagaimana Anda Isi Masa Lapang Anak Ketika Musim Cuti Sekolah. Asyik Tengok Tv Dan Main Game Akan Lemahkan Akal Fikiran Mereka. appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.