Wednesday, November 15, 2017

Azizan Osman International: Bina Kesetiaan Pekerja Anda Dengan 4 Cara Ini.

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Bina Kesetiaan Pekerja Anda Dengan 4 Cara Ini.
Nov 15th 2017, 03:17, by Team Richworks


Leader bisnes masa kini perlukan team yang bagus untuk melangkah lebih jauh dan kekal dalam permainan untuk masa yang lebih lama. Team yang bagus juga perlu setia bersama dan bukan celam celum sekejap ada, sekejap lagi berhenti kerja. Ini tentunya menyukarkan pihak pengurusan dan syarikat sendiri untuk mengekalkan momentum yang terbaik.

Kunci bagi mengekalkan pekerja dalam team syarikat tentulah dengan adanya hala tuju yang jelas bagi mereka. jika pekerja anda rasa anda mampu berikan mereka apa yang mereka mahukan dalam jalan kerjaya mereka, membuatkan mereka rasa puas hati dengan performance mereka, pasti mereka 'sayang' untuk tinggalkan anda. Malah mereka akan berusaha lebih keras untuk anda, berkongsi lebih lagi kepakaran mereka dan sanggup buat apa sahaja untuk syarikat anda.

Pekerja yang setia sangat bergantung pada fleksibiliti di tempat kerja dan perhatian secara individu oleh pengurusan mahupun majikan. Berikut ada 4 formula untuk buat mereka rasa penting dan dihargai.

1) Ambil masa dalam proses mencari dan menggajikan pekerja.

Jadi majikan yang selektif. Ambil tahu apa yang syarikat anda benar-benar perlu dan mahu, kemudian pastikan calon anda melalui beberapa set ujian bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk mendapat perhatian dari anda. Dan kenalpasti personality mereka juga adakah sesuai atau tidak dengan kerja yang anda tawarkan. Buat mereka tahu dan nampak, anda benar-benar serius dan selektif untuk mencipta result yang positif. Jadi jika mereka terpilih, mereka yakin, mereka adalah orang yang paling layak.

2) Tingkatkan kebolehpasaran pekerja anda.

Berikan nilai untuk calon anda sekiranya mereka menjadi pekerja anda kelak. Apa yang mampu anda beri untuk balasan pada apa yang mereka dedikasikan? Peluang peningkatan skil? Peluang peningkatan kerjaya? Pastikan juga mereka dikawalselia oleh pengurusan yang mesra dan terbaik. Persekitaran dalam pejabat adalah antara faktor yang menentukan pekerja anda setia dengan syarikat, ataupun lari meninggalkan syarikat.

3) Berikan ruang dan platform untuk mereka tingkatkan potensi diri

Bukan syarikat anda sahaja yang mahukan peningkatan. Pekerja anda juga begitu. Mereka mahukan peningkatan dalam peluang kerjaya mereka, selain dari peluang meningkatkan kemampuan diri mereka. Sediakan ruang-ruang tersebut dan dorong mereka untuk terus meningkat. Selain itu, berikan mereka peluang untuk lebih fleksibel dalam skop kerja mereka.

4) Berikan peluang untuk mereka berikan pendapat

Dengar dan pertimbangkan juga pendapat atau cadangan penambahbaikan dari mereka. Jika anda berikan mereka peluang itu, bermakana anda percaya, dan menghargai mereka. Jika mereka rasa mereka tidak dipercayai dan tidak dihargai, kenapa mereka masih mahu bekerja untuk anda? Jika mereka yakin tugas dan tanggungjawab mereka adalah penting untuk syarikat anda, pasti mereka akan berusaha lebih hebat untuk merealisasikan impian anda dan juga peluang kerjaya mereka.

Berikan situasi menang-menang untuk anda dan pekerja anda. Jangan lokek untuk memberi kerana anda juga mahukan sesuatu daripada pekerja anda bukan? Berhati-hati dalam membuat pilihan pekerja dan bila anda suda dapat apa yang anda mahukan, jaga mereka sebaik-baiknya.

The post Bina Kesetiaan Pekerja Anda Dengan 4 Cara Ini. appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.