Wednesday, November 15, 2017

Azizan Osman International: Bukan Hubungan Dengan Pelanggan Sahaja Yang Penting. Hubungan Antara Syarikat Dan Pekerja Juga Turut Perlukan Perhatian Anda.

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Bukan Hubungan Dengan Pelanggan Sahaja Yang Penting. Hubungan Antara Syarikat Dan Pekerja Juga Turut Perlukan Perhatian Anda.
Nov 15th 2017, 03:17, by Team Richworks

Semakin berkembang peluang perniagaan syarikat anda, semakin tinggi keperluan untuk anda menambah staf selain mengekalkan mereka yang sedia ada dalam syarikat. Perkembangan syarikat anda perlu seiring dengan perkembangan staf supaya perniagaan anda menjadi lebih teratur dan sistematik serta mengurangkan risiko lebihan tanggungjawab bagi seseorang pekerja.

Mari kami kongsikan 3 strategi yang boleh digunapakai oleh bahagian pengurusan sumber manusia syarikat anda, dan anda juga sebagai pemilik bisnes, dalam memastikan staf yang anda ambil hari ini, akan tetap bersama anda juga sepuluh tahun akan datang.

1) Kongsikan visi syarikat.

Visi syarikat sangat penting untuk mengekalkan keyakinan pekerja terhadap majikan. Tak kisah jika syarikat anda masih kecil, sedang berkembang, mahupun sudah maju, syarikat tanpa visi yang kukuh dan jelas yang dikongsikan, tak mampu untuk mengekalkan staf mereka dalam masa yang lama.

Tunjuk gambar, carta dan progress syarikat kerana staf anda berhak tahu supaya mereka yakin mereka penting dan merupakan sebahagian dari syarikat. Tapi visi juga perlu selari dengan progres dan bukan sekadar cakap kosong kerana visi menjadi penentu bahawa syarikat yang mereka beri khidmat itu mempunyai hala tuju yang jelas.

2) Amalkan sistem komunikasi terbuka

Makin besar syarikat, makin banyak kerja, makin banyak staf, makin besar ruang untuk berlaku salah faham dan komunikasi yang terganggu jika tiada budaya komunikasi terbuka ini. Cipta satu komuniti sosial dalam kalangan pekerja dimana semua informasi syarikat data disalur dengan betul dan cepat, selain membina hubungan erat antara pekerja dan pihak pengurusan syarikat. Saling bertanya progress staf dan mereka akan automatik rasa mereka penting.

3) Kekalkan budaya syarikat

Walaupun syarikat semakin maju, budaya yang membina seperti komunikasi terbuka, penghargaan dan pengiktirafan staf, dan sebagainya yang baik untuk menjaga hubungan antara syarikat dan staff, jangan anda hapuskan. Sentiasa isi ruang kosong antara pekerja dan pihak pengurusan supaya mereka tak rasa tersisih. Ini dapat mengekalkan keyakinan mereka terhadap syarikat.

Hubungan kukuh antara pengurusan dan pekerja mampu membina sebuah team yang hebat. Gunakan teknologi yang ada untuk mengeratkan perhubungan dan meningkatkan keyakinan mereka supaya pekerja anda rasa mereka penting dan dihargai.

The post Bukan Hubungan Dengan Pelanggan Sahaja Yang Penting. Hubungan Antara Syarikat Dan Pekerja Juga Turut Perlukan Perhatian Anda. appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.