Thursday, November 16, 2017

Azizan Osman International: Bukan Hubungan Dengan Pelanggan Sahaja Yang Penting, Hubungan Antara Syarikat Dan Pekerja Juga Turut Perlukan Perhatian Anda

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Bukan Hubungan Dengan Pelanggan Sahaja Yang Penting, Hubungan Antara Syarikat Dan Pekerja Juga Turut Perlukan Perhatian Anda
Nov 16th 2017, 07:06, by Team Richworks

Leader bisnes masa kini perlukan team yang bagus untuk melangkah lebih jauh dan kekal dalam permainan untuk masa yang lebih lama. Perkembangan syarikat perlu seiring dengan perkembangan staf supaya perniagaan anda menjadi lebih teratur dan sistematik selain mengurangkan risiko lebihan tanggungjawab bagi seseorang pekerja.

Team yang bagus perlu sentiasa bersama dan bukan sekejap ada, sekejap lagi berhenti kerja. Ini tentunya menyukarkan pihak pengurusan dan syarikat sendiri untuk mengekalkan momentum yang terbaik.

Kunci bagi mengekalkan pekerja dalam team syarikat tentulah dengan adanya hala tuju yang jelas bagi mereka. Jika pekerja anda rasa anda mampu berikan mereka apa yang mereka mahukan dalam jalan kerjaya mereka, membuatkan mereka rasa puas hati dengan performance mereka, pasti mereka 'sayang' untuk tinggalkan anda. Malah mereka akan berusaha lebih keras untuk anda, berkongsi lebih lagi kepakaran mereka dan sanggup buat apa sahaja untuk syarikat anda.

Berikut ada 7 formula untuk buat mereka rasa penting dan dihargai.

1) Ambil masa dalam proses mencari dan menggajikan pekerja

Jadi majikan yang selektif. Ambil tahu apa yang syarikat anda benar-benar perlu dan mahu, kemudian pastikan calon anda melalui beberapa set ujian bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk mendapat perhatian dari anda. Dan kenalpasti personaliti mereka juga adakah sesuai atau tidak dengan kerja yang anda tawarkan. Buat mereka tahu dan nampak, anda benar-benar serius dan selektif untuk mencipta results yang positif. Jadi jika mereka terpilih, mereka yakin, mereka adalah orang yang paling layak.

2) Tingkatkan kebolehpasaran pekerja anda

Berikan nilai untuk calon anda sekiranya mereka menjadi pekerja anda kelak. Apa yang mampu anda beri untuk balasan pada apa yang mereka dedikasikan? Peluang peningkatan skil? Peluang peningkatan kerjaya? Pastikan juga mereka dikawalselia oleh pengurusan yang mesra dan terbaik. Persekitaran dalam pejabat adalah antara faktor yang menentukan pekerja anda setia dengan syarikat, ataupun lari meninggalkan syarikat.

3) Kongsikan visi syarikat

Visi syarikat sangat penting untuk mengekalkan keyakinan pekerja terhadap majikan. Tak kisah jika syarikat anda masih kecil, sedang berkembang, mahupun sudah maju, syarikat tanpa visi yang kukuh dan jelas yang dikongsikan, tak mampu untuk mengekalkan staf mereka dalam masa yang lama.

Tunjuk gambar, carta dan progress syarikat kerana staf anda berhak tahu supaya mereka yakin mereka penting dan merupakan sebahagian dari syarikat. Tapi visi juga perlu selari dengan progress dan bukan sekadar cakap kosong kerana visi menjadi penentu bahawa syarikat yang mereka beri khidmat itu mempunyai hala tuju yang jelas.

4) Berikan ruang dan platform untuk mereka tingkatkan potensi diri

Bukan syarikat anda sahaja yang mahukan peningkatan. Pekerja anda juga begitu. Mereka mahukan peningkatan dalam peluang kerjaya mereka, selain dari peluang meningkatkan kemampuan diri mereka. Sediakan ruang-ruang tersebut dan dorong mereka untuk terus meningkat. Selain itu, berikan mereka peluang untuk lebih fleksibel dalam skop kerja mereka.

5) Berikan peluang untuk mereka berikan pendapat

Dengar dan pertimbangkan juga pendapat atau cadangan penambahbaikan dari mereka. Jika anda berikan mereka peluang itu, bermakna anda percaya, dan menghargai mereka. Jika mereka rasa mereka tidak dipercayai dan tidak dihargai, kenapa mereka masih mahu bekerja untuk anda? Jika mereka yakin tugas dan tanggungjawab mereka adalah penting untuk syarikat anda, pasti mereka akan berusaha lebih hebat untuk merealisasikan impian anda dan juga peluang kerjaya mereka.

6) Amalkan sistem komunikasi terbuka

Makin besar syarikat, makin banyak kerja, makin banyak staf, makin besar ruang untuk berlaku salah faham dan komunikasi yang terganggu jika tiada budaya komunikasi terbuka ini. Cipta satu komuniti sosial dalam kalangan pekerja di mana semua informasi syarikat data disalur dengan betul dan cepat, selain membina hubungan erat antara pekerja dan pihak pengurusan syarikat. Saling bertanya progress staf anda.

7) Kekalkan budaya syarikat

Walaupun syarikat semakin maju, budaya yang membina seperti komunikasi terbuka, penghargaan dan pengiktirafan staf, dan sebagainya yang baik untuk menjaga hubungan antara syarikat dan staf, jangan anda hapuskan. Sentiasa isi ruang kosong antara pekerja dan pihak pengurusan supaya mereka tak rasa tersisih. Ini dapat mengekalkan keyakinan mereka terhadap syarikat.

Hubungan kukuh antara pengurusan dan pekerja mampu membina sebuah team yang hebat. Gunakan teknologi yang ada untuk mengeratkan perhubungan dan meningkatkan keyakinan mereka supaya pekerja anda rasa mereka penting dan dihargai.

Berikan situasi menang-menang untuk anda dan pekerja anda. Jangan lokek untuk memberi kerana anda juga mahukan sesuatu daripada pekerja anda bukan? Berhati-hati dalam membuat pilihan pekerja dan bila anda sudah dapat apa yang anda mahukan, jaga mereka sebaik-baiknya.

The post Bukan Hubungan Dengan Pelanggan Sahaja Yang Penting, Hubungan Antara Syarikat Dan Pekerja Juga Turut Perlukan Perhatian Anda appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.