Thursday, November 16, 2017

Azizan Osman International: Strategi Marketing Yang Pasti Buat Poket Anda Sentiasa Berduit

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Strategi Marketing Yang Pasti Buat Poket Anda Sentiasa Berduit
Nov 16th 2017, 07:23, by Team Richworks

Bila sebut saja marketing atau pemasaran, pastinya menggerunkan bagi sesetengah dari anda yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Untuk memperlihatkan apa yang anda bawa dan sediakan kepada komuniti, anda PERLU buat marketing. Namun harus diingat, gaya pemasaran boleh berubah mengikut musim. Dan berikut adalah beberapa strategi sepanjang zaman dan terkini untuk anda cuba.

1) Live dan video sharing di media sosial

2017 sudah mula menampakkan era digital di mana-mana sektor sekalipun. Jika anda peka, Malaysia sendiri sudah mula menaikkan dan memanfaatkan medium digital. Ideanya mudah – lebih ramai pengguna mampu mendapat manfaat dengan lebih cepat tanpa mengira jarak mereka.

Live dan video semakin mendapat tempat di hati para pengguna kerana dengan adanya medium sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube, mereka lebih mudah untuk akses pada maklumat produk atau perkhidmatan dengan lebih mendalam secara hanya dalam talian.

Jadi anda boleh manfaatkan sistem live dan video yang ada untuk berkongsi dengan pengguna atau pengikut anda di laman sosial tentang kebaikan, manfaat dan masalah yang mampu anda bantu untuk selesaikan.

2) Facebook Group / Komuniti

Perasan bukan banyak komuniti Facebook yang muncul kini? Baik ia tertutup mahupun terbuka, ada sebab kenapa para usahawan membina group tersebut.

  1. Untuk mengumpulkan database pelanggan
  2. Untuk mengumpulkan pelanggan yang benar-benar mahu
  3. Lebih mudah berkongsi maklumat dan 'cerita' dengan mereka yang berminat

3) Follow up pelanggan atau bakal pelanggan

Teknik follow up adalah satu contoh anda memiliki servis after sales yang bagus. Tanya kembali pelanggan anda apa pengalaman mereka selepas menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Gunakan ayat yang manis dan sopan. Boleh juga jika anda atau team anda mengorak langkah untuk lebih rapat dengan pelanggan untuk elakkan rasa janggal.

Dan dapatkan testimoni mereka semasa follow up. Jika mereka belum lagi jadi pelanggan tapi pernah bertanya info, gunakan database ini untuk anda bertanya khabar, atau hantarkan info baru berkaitan produk dan perkhidmatan anda. Tapi ingat, jangan memaksa.

4) Live & Real Testimoni

Jika dulu hanya testimoni bergambar dan bertulis, kini banyak ulasan live, dan tutorial berkaitan yang tentunya lebih meyakinkan. Anda boleh manfaatkan ini dengan membuat video testimoni. Gabungkan dengan testimoni biasa yang bergambar dan bertulis, anda kuatkan lagi marketing anda menggunakan video. Tanpa testimoni, produk dan perkhidmatan anda agak sukar untuk menarik target pelanggan anda.

Jadi, kumpul semua testimoni pelanggan anda.

5) Sentiasa manfaatkan story anda

Story anda adalah kekuatan anda. Story mengandungi siapa anda, apa role atau kepakaran anda yang mahu anda kongsikan, apa cerita di sebalik produk dan perkhidmatan anda, kenapa anda lakukan apa yang anda buat sekarang, dan apa masalah yang anda mahu bantu selesaikan. Banyak lagi item dalam story yang anda boleh pelajari melalui program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan kami, tapi apa yang ada ini pun boleh cukup untuk bantu anda buat sales.

Buat rangka, tulis, dan gunakan masa engagement anda dengan pelanggan. Konsisten dengan story anda.

5 tips ini jika anda benar-benar manfaatkan dan aplikasikan dengan konsisten, InsyaAllah anda mampu untuk meningkatkan jualan anda!

The post Strategi Marketing Yang Pasti Buat Poket Anda Sentiasa Berduit appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.