Wednesday, November 15, 2017

Azizan Osman International: Usahawan Perlu Berani Untuk Luaskan Pemandangan, Tingkatkan Pengetahuan Dan Pengalaman

Azizan Osman International
Global #1 Marketing Expert 
Usahawan Perlu Berani Untuk Luaskan Pemandangan, Tingkatkan Pengetahuan Dan Pengalaman
Nov 15th 2017, 03:17, by Team Richworks


Orang terdahulu dah lebih lama mengatakan bahawa semakin jauh perjalanan, makin luas pemandangan dan pengalaman. Ada benarnya kenapa mereka berkata sedemikian. Samaada perjalanan untuk ilmu, mahupun untuk percutian, manfaatnya sangat banyak untuk kita semua.

Sebagai seorang usahawan yan pastinya sentiasa sibuk, kadangkala anda menidakkan ruang dan peluang untuk bercuti pada diri. Jika ada yang sudah berkeluarga, pasti ia situasi yang sangat mengecewakan. Kenapa sebenarnya percutian itu perlu? Sesibuk manapun anda sebagai usahawan dan peniaga, pergilah bercuti kerana manfaatnya lebih banyak menanti. Antaranya;

1) Tempat baru = idea baru

Melawat dan berkunjung ke kawasan baru memberikan sudut pandang baru yang lebih segar dan terkini. Dalam situasi yang santai, minda anda akan lebih terbuka untuk menerima dan membina idea baru yang lebih hebat.

2) Ujikaji sistem kendiri syarikat

Jika selama ini andalah yang menguruskan syarikat, waktu anda bercuti ini adalah waktu terbaik untuk lihat samaada sistem dan organisasi yang anda sediakan untuk syarikat anda mampu berjalan sendiri mahupun tidak. Adakah bisnes anda sudah berseda untuk bergerak tanpa anda atau masih bergantung pada anda?

3) Hargai penat lelah diri sendiri

Tak salah untuk berikan penghargaan pada diri sendiri setelah berpenat lelah menguruskan syarikat. Berikan diri anda sedikit waktu istimewa dan santai supaya anda mampu untuk recharge dan kembali dengan lebih hebat

 4) Segarkan diri, jiwa dan minda

Menguruskan syarikat memang penat. Fizikal dan mental sama-sama penat. Dan jika anda tak berikan ruang dan masa yang cukup untuk tubuh anda berehat, anda mungkin membahayakan bukan saja diri anda tapi juga syarikat anda. Bayangkan jika anda secara tiba-tiba rebah dan tumbang buat jangka masa lama, apa jadi dengan bisnes anda?

5) Setkan kembali fokus anda

Takut momentum anda lari jika pegi bercuti? Salah. Terlalu lama fokus pada satu perkara juga mampu buatkan anda penat dan menurunkan momentum kerja anda. Kenapa? Kerana anda sudah tepu. Berikan kelonggaran untuk anda bernafas dengan selesa, hirup udara yang segar dan kembali bekerja dengan lebih bersemangat.

Tak salah pun untuk anda pergi bercuti sekali sekala. Tenangkan hati dan fikiran supaya anda mampu untuk cipta idea yang lebih hebat, dan fokus yang lebih baik bila anda pulang nanti.

The post Usahawan Perlu Berani Untuk Luaskan Pemandangan, Tingkatkan Pengetahuan Dan Pengalaman appeared first on Azizan Osman International.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.