Wednesday, November 15, 2017

BeautifulNara: Aliff Syukri Bengang Netizen Tuduh Beliau Bayar Gaji Bodyguard RM 1,000

BeautifulNara
 
Aliff Syukri Bengang Netizen Tuduh Beliau Bayar Gaji Bodyguard RM 1,000
Nov 15th 2017, 08:15, by Bella

Sering menerima kecaman netizen dalam setiap perkara yang beliau lakukan, Datuk Seri Aliff Syukri bagaimanapun masih tetap ingin memuat naik perihal peribadinya di akaun Instagram.

Terbaru, timbul pula beberapa dakwaan daripada netizen yang mengatakan Aliff hanya membayar gaji sebanyak RM 1,000 kepada pengawal peribadinya. Eh betul ke?  Netizen berpendapat bayaran itu tidak setimpal dengan skop kerja serta kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat naik.

Walaubagaimanapun, Aliff menafikan dakwaan tersebut dan meminta netizen tidak memfitnah beliau. Aliff juga memuat naik beberapa "screenshot" kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.

Agak tidak logik kalau hendak beri gaji RM1,000 zaman sekarang. Sebagai seorang majikan pasti Aliff tahu menghargai pekerjanya dan memberikan bayaran setimpal dengan pekerjaan yang ditawarkan,  cuma beliau tidak mahu menyatakan jumlah sebenar gaji pengawal peribadinya. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon selanjutnya daripada Aliff.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.