Sedar perkara ini telah menimbulkan salah faham dan berkemungkinan membuatkan pihak yang berkaitan dengan AJL 32 terasa, pihak pengurusan Ayda iaitu Paranormal Talents memberitahu, mungkin apa yang dikatakan oleh Ayda itu adalah luahan rasa kecewa.
Ayda sudah memberikan komitmen yang sangat tinggi dari segi nyanyian serta persembahannya untuk Separuh Akhir Muzik Muzik 32 agar lagu Mata dapat menarik perhatian juri. Malam itu, Ayda berusaha dengan koreografi tarian yang unik dengan kostum yang memukau.
Tidak dinafikan memang akan ada rasa kecewa setelah berpenat lelah memberikan yang terbaik. Walaubagaimanapun, seperti yang kami katakan sebelum ini, belum ada lagi rezeki Ayda untuk ke AJL. Janganlah putus asa dan mempersoalkan keputusan orang lain, usaha lagi sehingga berjaya satu hari nanti.
~ Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)
...mungkin ada kenalan anda memerlukan perkhidmatan, kelas, atau produk dari website ini mengapa tidak kongsi URL website ini dengan mereka? menerusi.. Gmail / Myspace / Facebook / YM / Twitter.