Beri Kritikan Terlampau Terhadap Baby Shima, Mas Idayu Dikecam Netizen Nov 14th 2017, 00:34, by Bella Viral di media sosial kini dengan video dimana penyanyi Mas Idayu mengamuk, memarahi serta memberikan komen terlampau terhadap peserta D'Academy Asia 3 yang berasal daripada Malaysia iaitu Baby Shima. Mas Idayu yang merupakan jurti tetap program tersebut tidak puas hati dengan kualiti nyanyian Baby Shima yang dikatakan hambar dan membuat banyak kesalahan didalam persembahan beliau. Baby Shima menerima kritikan yang sangat agresif sehingga tidak dapat menahan emosinya dan menangis. Rata-rata netizen mula mengecam Mas Idayu yang dianggap memalukan Baby Shima dikhalayak ramai. Umum mengetahui Mas Idayu memang seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak muridnya. Masih ingat lagi tak Mas siap bawa rotan ketika menjadi mentor kepada Black dahulu? Sumber Video : Gegar Vaganza |