Thursday, November 16, 2017

BeautifulNara: Entah Bila Ada Tulis “Hell Fire”- Kilafairy Bengang Ditegur PU Jadian Di Twitter

BeautifulNara
 
Entah Bila Ada Tulis "Hell Fire"- Kilafairy Bengang Ditegur PU Jadian Di Twitter
Nov 16th 2017, 01:37, by Bella

Kecoh di Twitter apabila seorang individu dengan nama PU Nabil telah menegur pelakon Kilafairy dengan kata-kata  agak berbisa kerana status yang ditulis oleh beliau yang berbunyi  "Some women fear fire, some women become it." Untuk makluman anda , lelaki tersebut bukanlah salah seorang peserta pencetus ummah.

Bengang dengan PU jadian tersebut yang menyalah tafsir maksud ayatnya, Kila telah membalas teguran lelaki itu. Menurut Kila, beliau tidak pernah memberikan maksud api neraka dalam "tweet" berkenaan dan berpendapat lelaki tersebut cuba untuk menjadi Tuhan dan meraih publisiti murahan.

Lelaki itu kemudian membalas "tweet" Kila dan memberitahu tujuan beliau membuat teguran api neraka itu kerana ingin melihat sendiri respon netizen mengenai isu tersebut. Bagaimanapun, pengakuan lelaki itu sudah dipadamkan.

Kalau hendak menegur seseorang itu haruslah ada cara yang betul dan tidak mengaibkan. Apatah lagi lelaki tersebut juga turut memburukkan nama Pencetus Ummah yang ada sedangkan beliau hanyalah PU palsu.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.