Wednesday, November 15, 2017

BeautifulNara: Fattah Amin Dan Fazura Nikah Dalam Diam?

BeautifulNara
 
Fattah Amin Dan Fazura Nikah Dalam Diam?
Nov 15th 2017, 00:33, by Bella

Sejak malam tadi kecoh dengan spekulasi kononnya pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura sudah bernikah dalam diam di kediaman nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya. Menerusi portal Harian Metro, terdapat khemah yang didirikan dengan perhiasan seperti majlis perkahwinan di perkarangan rumah tersebut dan ada tetamu hadir termasuk keluarga Fattah.

Walaubagaimanapun, laluan masuk di kediaman tersebut dikawal dengan ketat oleh adik dan pembantu peribadi Fazura dan hanya tetamu tertentu sahaja dibenarkan masuk. Malah, pengurus Fattah juga ketika ditemui tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai berita pernikahan tersebut dan meminta orang ramai menunggu kenyataan rasmi daripada Fattah sendiri.

Kediaman nenek Fazura

Menerusi ruangan komen di foto Kaabah yang dimuat naik di akaun Instagram Fattah, ramai yang sudah memberikan komen mengenai perkahwinan itu dan ia juga mula dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh peminat.

Bukan itu sahaja, ada sumber kepada Harian Metro memberitahu Fattah dan Fazura bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

Terdahulu, tersebar khabar angin mengatakan Fattah dan Fazura akan mengikat tali pertunangan pada 13 November. Fazura mengatakan ia hanya sekadar gimik bagi drama Wanita Terindah tetapi Fattah yang tidak mahu mengiyakan atau menidakkan gosip tersebut hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka. Fattah juga berjanji untuk berkongsi berita gembira bersama peminat jika beliau dan Fazura mempunyai jodoh untuk bersama.

Sumber Berita : Harian Metro

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.