Friday, November 17, 2017

BeautifulNara: Hanis Zalikha Tidak Kisah Netizen Kritik Dan Kecam Caranya Membesarkan Anak

BeautifulNara
 
Hanis Zalikha Tidak Kisah Netizen Kritik Dan Kecam Caranya Membesarkan Anak
Nov 17th 2017, 00:30, by Bella

Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mempunyai 1.9 juta  jumlah pengikut di akaun Instagramnya. Malah, Hanis juga antara selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai. Oleh itu, pasti setiap aktiviti mereka anak beranak akan diperkatakan oleh netizen termasuklah cara Hanis membesarkan Yusuf.

Walaubagaimanapun, Hanis tidak kisah dikritik dan dikecam netizen kerana sebagai ibu beliau tahu apa yang terbaik buat anaknya.

Saya sudah terbiasa dengan komen-komen netizen yang sentiasa tidak kena di mata mereka dan ada sahaja topik yang ingin diperkatakan. Nak cakap apa pun, cakaplah. Kami tak pernah kecil hati dengan komen orang luar dan kami tahu apa yang terbaik untuk Yusuf.

Hanis memang suka berkongsi tips ataupun teknik penjagaan bayi melalui akaun Instagramnya. Ia bukan sahaja untuk menjadi rujukan orang lain tetapi buat dirinya juga pada masa depan.

Selain berkongsi ilmu dengan orang lain, mungkin satu hari nanti bila saya dah ada anak kedua, saya boleh baca semula apa yang saya kongsi di laman sosial. Nanti kalau dah terlupa cara penjagaan bayi, boleh cari di Instagram sendiri.

Kalau hendak fikirkan kata-kata negatif orang luar, memang boleh tertekan dibuatnya. Lagipun, apa yang dikongsikan Hanis mengenai penjagaan bayi bermanfaat juga untuk orang lain bukan? Janganlah terlalu mengkritik cara seseorang itu membesarkan anak mereka kerana kita sendiri belum tentu sempurna.

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.