Tuesday, November 14, 2017

BeautifulNara: Jangan Salahkan Mas Idayu, Memang Persembahan Saya Banyak Kelemahan – Baby Shima

BeautifulNara
 
Jangan Salahkan Mas Idayu, Memang Persembahan Saya Banyak Kelemahan – Baby Shima
Nov 14th 2017, 00:52, by Bella

Meskipun video beliau dikritik dan dimarahi secara agresif oleh Mas Idayu sudah viral di media sosial, penyanyi Baby Shima memberitahu beliau sedikit pun tidak terasa hati mahupun menyimpan dendam terhadap Mas Idayu dan menerima segala komen yang diberikan.

Baby Shima juga berharap netizen berhenti menyalahkan Mas Idayu dan mengakui beliau sepatutnya dimarahi kerana melakukan banyak kesalahan didalam persembahannya.

Saya tidak marah dengan Mas Idayu. Saya hormati segala kritikannya dan sedih kerana tidak berjaya memberikan persembahan seperti yang dia harapkan. Memang banyak kelemahan saya dalam persembahan itu. Memandangkan ia pertandingan besar, saya gemuruh hingga menjejaskan penyampaian. Saya lihat semua kritikan secara positif. Bagi saya ia teguran membina dan tak perlu menyalahkan sesiapa.

D'Academy Asia merupakan program realiti nyanyian yang disiarkan di Indonesia. Selain Baby Shima, ahli kumpulan Forteen iaitu One juga merupakan salah seorang peserta program tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.