Thursday, November 16, 2017

BeautifulNara: Masih Mesra Bersama : Adakah Hans Isaac Dan Neelofa Akan Kembali Bercinta?

BeautifulNara
 
Masih Mesra Bersama : Adakah Hans Isaac Dan Neelofa Akan Kembali Bercinta?
Nov 16th 2017, 01:01, by Bella

Dijemput sebagai tetamu bagi mempromosikan rancangan Lawak Ke Der Tak Coverline di MeleTOP baru-baru ini, Datuk Hans Isaac kelihatan mesra sekali dengan bekas kekasihnya Neelofa. Umum mengetahui, Hans dan Neelofa pernah bercinta selama dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah.

Mengambil kesempatan itu, Nabil bertanyakan soalan yang cukup panas kepada Hans adakah cinta beliau dan Neelofa mungkin akan bertaut kembali satu hari nanti?

Membuat satu pengakuan yang jujur, Hans tidak mahu berkata banyak tentang soal jodoh kerana ia bergantung kepada ketentuan takdir, tetapi  hatinya kini sudah tertutup untuk  bercinta lagi dan hanya seseorang  istimewa  yang mampu membuka pintu hatinya itu.

Dalam pada itu, Neelofa pula menjelaskan mereka cuma bersahabat baik dan tidak lebih daripada itu meskipun sudah melalui pelbagai perkara sebelum ini.

Tidak semua bekas kekasih harus bermasam muka ataupun bermusuh bukan? Kami respek dengan Hans dan Neelofa kerana masih dapat mengekalkan hubungan yang baik.

Sumber Berita : YouTube MeleTOP

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.