Friday, November 17, 2017

BeautifulNara: Rolls Royce Bukan Hadiah Tetapi Kenderaan Rasmi Untuk Perkahwinan – Adib Khalid

BeautifulNara
 
Rolls Royce Bukan Hadiah Tetapi Kenderaan Rasmi Untuk Perkahwinan – Adib Khalid
Nov 16th 2017, 23:53, by Bella

Semalam, video Izara Aishah dan Adib Khalid yang dikatakan menerima hadiah kereta mewah Rolls Royce daripada abang iparnya, Anas viral di media sosial. Netizen memuji betapa bertuahnya Izara.

Namun, menurut Adib, kereta  bernilai jutaan ringgit tersebut bukanlah hadiah buat mereka berdua tetapi akan digunakan sebagai kenderaan rasmi sepanjang majlis perkahwinan mereka.

Abang saya, Anas, memang terbabit dengan perniagaan kereta mewah dan kebetulan, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual mereka. Justeru untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung.

Dalam pada itu, Adib yang bakal bergelar suami hari ini berkata beliau belum merasa gementar lagi dan berharap majlis pernikahan beliau berjalan dengan lancar.

Buat masa ini saya masih lagi okay. Saya ada jugalah berlatih cara hendak melafazkan akad nikah. Harapan saya, biarlah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kami mendoakan agar majlis pernikahan Adib dan Izara hari ini akan berjalan lancar dan diberkati apatah lagi ia diadakan di hari Jumaat yang mulia ini. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.