Tuesday, November 14, 2017

BeautifulNara: Sharifah Sakinah Bengang Dilabel Bimbo

BeautifulNara
 
Sharifah Sakinah Bengang Dilabel Bimbo
Nov 14th 2017, 03:43, by Bella

"Kita ni kan perempuan dan kita ada naluri tu,  kita ade sense, sixth sense yang perempuan tu pandang laki kite!"  Mesti ramai yang pernah dengar ayat popular ini kan? Tentu sekali dari drama Girlfriend Aku Dari Neraka lakonan Sharifah Sakinah, memang ramai sehingga hari ini masih ingat lakonan beliau sebagai seorang teman wanita yang huru-hara dengan pelbagai perangai.

Sakinah sejak beberapa tahun lalu memang dikenali sebagai  seorang yang suka melawak dan perangai gila-gila kata orang, tetapi Sakinah cukup bengang bila ada sesetengah peminat melabelkan beliau sebagai bimbo gara-gara karakternya sebagai Lydia dalam Girlfriend Aku Dari Neraka.

Jangan panggil saya 'bimbo'. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian. Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan 'bimbo' semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu.

Untuk yang tidak tahu apa itu bimbo, ia menggambarkan wanita cantik yang tidak bijak ataupun matang. Erm, memanglah Sakinah terasa hati dan bengang apabila dikatakan begitu.

Sumber Berita : Kosmo Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.