Thursday, November 16, 2017

BeautifulNara: (VIDEO) Reaksi Comel Serta Teruja Izara Aishah Dapat Hadiah Kereta Rolls Royce Dari Bakal Abang Ipar

BeautifulNara
 
(VIDEO) Reaksi Comel Serta Teruja Izara Aishah Dapat Hadiah Kereta Rolls Royce Dari Bakal Abang Ipar
Nov 16th 2017, 04:10, by Bella

Bakal bernikah dengan Adib Khalid tidak lama lagi, pelakon Izara Aishah nampaknya cukup bertuah kerana menerima hadiah sebuah kereta Rolls Royce dari bakal abang iparnya, Anas.

Menerusi video yang viral di Facebook, Izara kelihatan cukup teruja dan tidak menyangka akan menerima hadiah kereta mewah tersebut, siap dengan "driver" lagi. Adib juga terkejut melihat hadiah yang diberikan oleh abangnya itu.

Siapa yang tidak terkejut apabila menerima hadiah mewah bersempena perkahwinan yang bakal diadakan? Beruntung Izara kerana disayangi oleh keluarga bakal mertuanya.  Tak sabar kami ingin melihat Izara dan Adib naik pelamin, seorang cantik seorang lagi kacak.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.