Thursday, January 18, 2018

BeautifulNara: Ditegur Solat Tidak Sah Kerana Ada Tattoo, Ini Respon Adam Corrie Lee

BeautifulNara
 
Ditegur Solat Tidak Sah Kerana Ada Tattoo, Ini Respon Adam Corrie Lee
Jan 18th 2018, 12:43, by Bella

Pelakon Adam Corrie Lee tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap orang pasti ingat dengan lakonan beliau sebagai Dragon dalam filem KL Gangster. Sudah beberapa tahun memeluk agama Islam, Adam dilihat begitu aktif dalam kerja amal dan mendalami ilmu agama.

Semalam, Adam ada berkongsi cerita dimana ibadah beliau pernah dipersoal oleh beberapa pihak yang mendakwa solatnya tidak sah kerana mempunyai tattoo. Mereka menyuruh beliau untuk membuang tattoo tersebut sebelum beribadah.

Mengakui isu tersebut sering berlaku kepada mualaf, Adam bagaimanapun tidak cepat melatah dan memberitahu bukan semua orang berkemampuan untuk membuang tattoo kerana kos dan kesakitan yang harus ditanggung.

Betul apa yang Adam katakan itu, jika seseorang itu mendapat hidayah ataupun sudah bertaubat, InshaAllah ibadah mereka akan diterima Allah SWT. Siapalah kita untuk menentukan? Apa pula pendapat korang tentang isu ini?

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.