JAKIM Nafi Sahkan Nur Sajat Sebagai Lelaki Jan 19th 2018, 14:19, by Bella Pihak JAKIM menerusi pegawai serta pakar LGBT, Dr Izwan Yusof dengan tegasnya menafikan dakwaan Papagomo yang mengatakan pihak mereka mengesahkan jantina Nur Sajat sebagai lelaki. Ketika ini, JAKIM masih lagi menjalankan beberapa proses untuk mengenalpasti identiti Sajat secara rasmi. Proses itu dijalankan atas persetujuan bersama dengan tuan empunya badan dan perlu disahkan oleh Pakar Kajian Syariah sebelum mengumumkan keputusan jantina Sajat. Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum. Terdahulu, Papagomo menerusi satu rakaman video mendakwa beliau mendapat penggilan telefon dari pihak JAKIM yang mengatakan bahawa Sajat seorang lelaki. Malah, pihak JAKIM dikatakan tidak mahu mendedahkan perkara tersebut kerana diminta oleh Sajat yang malu untuk mengakui jantina sebenarnya itu. Papagomo memberitahu beliau turut mempunyai salinan kad pengenalan Sajat yang membuktikan dirinya seorang lelaki. Sumber Berita : mStar Online |