Friday, January 19, 2018

BeautifulNara: Johan As’ari Kecewa Netizen Kritik Beliau Muat Naik Video Baca Al-Quran

BeautifulNara
 
Johan As'ari Kecewa Netizen Kritik Beliau Muat Naik Video Baca Al-Quran
Jan 19th 2018, 02:40, by Bella

Selalunya apabila kita buka akaun Instagram artis, pasti ia hanya dipenuhi dengan foto-foto "selfie" ataupun iklan untuk sesuatu produk.  Namun, buat pelakon Johan As'ari beliau banyak juga memaparkan video beliau sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan cukup merdu sekali.

Walaubagaimanapun, Johan mengakui merasa sedih dan kecewa kerana masih ada segelintir netizen yang mengkritik beliau hanya ingin meraih perhatian dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran tersebut. Pada masa yang sama, Johan menafikan dirinya tidak boleh menerima teguran orang lain.

 

Saya bukannya jenis yang tidak boleh ditegur tetapi biarlah berhemah. Kita sebagai muslimin dan bangsa Melayu ada adab. Jadi, tegurlah dengan tertib. Disebabkan kecaman dan kritikan yang kasar, jujur saya rasa sedih dan kecewa apabila membacanya. Apa salahnya jika teguran itu ditulis dengan penuh rasa kasih sayang.

Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia ini memang tidak boleh dikawal. Dalam hidup ini, kita tidak boleh hendak puaskan hati semua orang, walaupun berbuat baik pasti ada yang ingin mencari kesalahan kita. Bersabarlah Johan apa yang penting hati yang ikhlas.

Sumber Berita : Utusan Online

Media files:
25585400_902482993243694_3806975860607549440_n.mp4 (video/mp4, 3.6 MB)
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our polices, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.