Wednesday, February 14, 2018

BeautifulNara: (AL-FATIHAH) Pelakon Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

BeautifulNara
 
(AL-FATIHAH) Pelakon Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung
Feb 14th 2018, 07:32, by Bella

Pelakon era 80an yang popular menerusi filem Ali Setan, Azmil Mustapha telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1 tengah hari tadi akibat sakit jantung pada usia 65 tahun.

Difahamkan Allahyarham  meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan. Berita sedih ini dikongsi oleh anak lelaki tunggalnya Mohd Bazli.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Azmil Mustapha. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : BH ONLINE / ASTRO AWANI

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.