Friday, February 9, 2018

BeautifulNara: Foto Lucah Tapi Kapsyen Ayat Islamik, Dah Jauh Terpesong – Netizen Kecam Aksi “Terlampau” Iqram Dinzly

BeautifulNara
 
Foto Lucah Tapi Kapsyen Ayat Islamik, Dah Jauh Terpesong – Netizen Kecam Aksi "Terlampau" Iqram Dinzly
Feb 9th 2018, 14:47, by Bella

Apabila pelakon Iqram Dinzly bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri baru-baru ini, ramai yang mengharap agar aktor itu mengikuti nasihat Dr. Zulkifli agar beliau dapat merasa lebih tenang.

Sejuk juga hati ketika Iqram memuat naik kapsyen berunsur Islamik dan tentang nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia. Namun, sekali lagi Iqram mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto aksi terlampaunya yang lucah tidak selari dengan apa yang dikatakan.

Tentu sekali ia menimbulkan kemarahan netizen yang mengecam Iqram mempermainkan agama dan sudah terpesong jauh apatah lagi memuat naik sesuatu yang tidak senonoh bersempena hari Jumaat yang mulia ini.

Kami pun tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi tentang kelakuan Iqram. Bila netizen kecam marah pula. Adakah ini dinamakan seni yang sering beliau agungkan itu? Ermm.. Harapnya Iqram tampil memberikan penjelasan mengenai isu ini.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.