Tuesday, February 13, 2018

BeautifulNara: Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Fazura Bertemakan Fairy Tale

BeautifulNara
 
Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Fazura Bertemakan Fairy Tale
Feb 13th 2018, 03:04, by Bella

Pasangan romantis Fazura dan Fattah Amin yang bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada 25 Februari ini selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga telah memilih tema " Fairy Tale" untuk hari paling bahagia mereka. Menurut Fazura, persiapan majlis itu yang diadakan secara tertutup buat keluarga terdekat berjalan dengan lancar.

Saya perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi jadi untuk resepsi pertama saya dahulukan keluarga dan sahabat rapat.

Konsep majlis resepsi mungkin akan lebih kepada suasana fantasi atau fairy tale dan saya teringin mahu melakukan tarian poco-poco bersama seluruh ahli keluarga.

Terdahulu, Fazura memberitahu beliau dan suami akan mengadakan majlis resepsi kedua khas buat peminat mereka pada 11 Mac ini. Walaubagaimanapun, lokasi majlis tersebut masih belum diketahui.

Sumber Berita : Kosmo!

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.