Friday, February 16, 2018

BeautifulNara: Saya Minta Maaf Pada Altimet, “Naik Sheikh” Lihat Persembahannya – Iqram Dinzly

BeautifulNara
 
Saya Minta Maaf Pada Altimet, "Naik Sheikh" Lihat Persembahannya – Iqram Dinzly
Feb 16th 2018, 01:22, by Bella

Selepas dihimpit pelbagai kecaman kerana cuba mengganggu persembahan Altimet di AJL 32, pelakon kontroversi Iqram Dinzly akhirnya tampil memohon maaf. Iqram akui beliau terlalu asyik melihat persembahan penyanyi rap tersebut sehingga "naik sheikh".

Iqram juga tidak terasa dengan kenyataan Altimet yang mahu memberikan beliau "buku lima" sekiranya beliau berjaya naik ke atas pentas.

Memang silap saya, saya minta maaf kepada Altimet, saya ‘naik sheikh’ melihat persembahan beliau. Saya pun tidak sesempurna mana, cuma mahu beri sokongan kepada beliau. Saya tak rasa apa-apa membaca tweet tersebut, saya anggap sebagai teguran. Insyaallah kita sama-sama belajar tentang adab dan adat.

Pada masa yang sama, Iqram menafikan dakwaan produksi TV3 yang mengatakan beliau beberapa kali cuba untuk menceroboh persembahan Altimet. Selepas sekali dihalang beliau terus ke belakang pentas untuk sesi temu ramah bersama portal Tonton.

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.