Monday, February 12, 2018

BeautifulNara: Saya Tetap Bersangka Baik Pada Farid Kamil – Sofi Jikan

BeautifulNara
 
Saya Tetap Bersangka Baik Pada Farid Kamil – Sofi Jikan
Feb 11th 2018, 17:00, by Bella

"Apakah nilai satu persahabatan?" itulah kata-kata pelakon Sofi Jikan ketika memuat naik foto bersama Datuk Farid Kamil di akaun Instagramnya beberapa hari lalu. Sehingga hari ini "posting" Sofi itu menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang status persahabatan mereka berdua.

Menerusi portal mStar Online, Sofi bagaimanapun tetap bersangka baik terhadap rakannya itu meskipun beliau masih tidak tahu apakah sebab disebalik laporan polis yang dibuat oleh Farid terhadapnya.

Sampai sekarang saya tidak tahu sebab apa dia berbuat demikian dan dia juga tiada menghubungi saya sehingga sekarang. Sama ada kami masih berkawan atau tidak sepatutnya awak tanya dia, saya sentiasa bersangka baik.

Terdahulu, Sofi ditahan reman pada 7 Januari lalu selepas positif dadah jenis ganja dan disyaki terbabit dalam  pendedahan Datuk Farid Kamil dimana beliau mendakwa 3 rakan artis menganiaya beliau dan memasukkan dadah dalam minumannya.

Sofi kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber Berita : mStar Online

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.