Monday, February 12, 2018

BeautifulNara: (VIDEO) Ganggu Pemuzik Jalanan Di London, Netizen Minta Aliff Syukri Jangan Malukan Rakyat Malaysia

BeautifulNara
 
(VIDEO) Ganggu Pemuzik Jalanan Di London, Netizen Minta Aliff Syukri Jangan Malukan Rakyat Malaysia
Feb 11th 2018, 19:00, by Bella

Mengakui terlalu tertekan kerana tangki air istana mewahnya bocor baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri kini sedang bercuti di kota London untuk menenangkan fikirannya. Namun, seperti biasa aksi usahawan kosmetik ini di luar negara pasti akan mendapat perhatian ramai.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Aliff dilihat mengganggu seorang pemuzik jalanan di London apabila tiba-tiba secara sengaja mencelah pemuzik tersebut yang sedang mencari rezeki dan menyanyikan lagu Abang Nak Tegur.

Sudahlah tempo tidak selari dengan muzik yang dimainkan, Aliff turut mengundang rasa kurang senang pemuzik tersebut sehingga beliau dihalau.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap perbuatan Aliff itu biadap, menjengkelkan dan hanya menjejaskan periuk nasi orang lain. Mereka turut meminta agar beliau tidak memalukan rakyat Malaysia dengan kelakuan yang tidak wajar ketika berada di negara orang.

Berikut antara respon netizen :-

Beberapa kali kami lihat Aliff sering sedih kerana menerima kecaman daripada netizen, tetapi apa yang beliau lakukan sebenarnya mengundang kepada perkara tersebut . Tidak salah untuk kongsikan apa aktiviti seharian ataupun ketika bercuti di luar negara, tetapi bukan semuanya harus dimuat naik di media sosial.

You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com. By using Blogtrottr, you agree to our policies, terms and conditions.

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions.