Sunday, March 11, 2018

Oh! Media

Oh! Media


First Impression Kami Tentang Samsung Galaxy S9+

Posted: 10 Mar 2018 11:57 AM PST


First impression, korang yang dah pakai Galaxy S8+ mungkin korang boleh skip dulu Galaxy S9+ ni sebab dari segi feel bila dipegang tu tak rasa berbeza pun cuma kedudukan fingerprint sensor yang dah lebih senang dicapai. Feel ni penting sebab itu perkara pertama yang akan buat korang fall in love. Kalau pegang tak rasa macam phone baru, tak syok la kan? Hehe.

Galaxy S8+ dah cukup perfect dah tapi Galaxy S9+ ni dia perfectkan lagi apa yang dah pun perfect. Macamana tu? Based on respond dari pengguna sebelum ni.

Apa yang paling ohmedia suka, dalam S9 ni Samsung dah ubah layout menu camera dia jadi ala-ala iOS sikit. So lebih mudah nak tukar mode ke mode camera tu yang mana sebelum ni agak leceh sedikit. Lepas tu speaker dia pun Dolby Atmos, so bunyi memang sekeliling kita dengan bunyi 3 dimensi. Speaker atas bawah juga sama macam di iPhone.


Galaxy S9+ memang fokus pada kamera dia dari segi mengubah aperture mengikut keperluan kita. Sebut pasal kamera, Galaxy S9+ setakat ini berjaya memegang kedudukan rating DxOMark paling tinggi sebayak 99, diikuti Pixel 2 sebanyak 98, dan iPhoneX sebangak 97 secara keseluruhan dalam pelbagai ujian.


Paling tak sabar nak ambil gambar selepas ini dan kongsikan kepada anda. Selebihnya, awesome as always. Kalau korang pandai explore Android dan ecosystem Samsung sepenuhnya, ini adalah phone yang cukup sempurna dari semua aspek. Sama la best macam iPhone dan ecosystem dia. Setakat guna iPhone tapi tak ada Mac, korang takkan faham apa yang dimaksudkan dengan ecosystem dia tu. Tak kenal maka tak cinta.

Ketahui lebih banyak update tentang Galaxy S9 ini dengan lebih awal di Instagram Oh! Media.

Laksanakan Ibadah Aqiqah Anak Anda Secara Online Bagi Tahun 2018

Posted: 10 Mar 2018 11:50 AM PST


Assalamualaikum kepada pembaca Oh! Media yang dihormati.

Telah lebih 4 tahun kami di Oh! Media bersama Muslim Qurban bertungkus-lumus dalam kerjasama agresif untuk menyempurnakan ibadah Aqiqah dan ibadah Korban untuk seluruh rakyat Malaysia dengan harga yang rendah dan paling mudah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya setakat ini dan kepuasan hati para peserta amatlah kami utamakan. Tidak hairanlah program ibadah ini menerima banyak sokongan dari orang ramai yang berterima kasih kerana telah banyak memudahkan urusan mereka dalam melaksanakan ibadah yang dituntut ini.

Berita baik pada tahun ini kami masih lagi dapat mengekalkan harga yang sama sejak 4 tahun yang lalu atas niat Lillahita'la bagi memudahkan dan meringankan urusan anda terutamanya dari sudut kewangan agar tidak merasa terbeban dalam melaksanakan ibadah ini.


Pendapat yang menyatakan, "Jika seseorang anak tidak diaqiqahi, maka ia tidak akan memberi syafaat kepada orang tuanya pada hari kiamat nanti", ini adalah pendapat oleh Ibnu Qayyim. Oleh kerana itulah kepada-ibu bapa yang berhajat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak-anak mereka (pada harga mampu), kali ini sekali lagi pihak Muslim Qurban dan Oh! Media ingin menyediakan peluang tersebut kepada anda.




BERAPA HARGA YANG PERLU DIBAYAR?


HARGA UNTUK ANAK LELAKI:

2 ekor Kambing RM1,100 sahaja
ataupun;
2 bahagian Lembu - RM560 sahaja

HARGA UNTUK ANAK PEREMPUAN:

1 ekor Kambing - RM550 sahaja
ataupun;
1 bahagian Lembu - RM280 sahaja

* Pilihlah mana satu yang mengikut kemampuan dan tidak membebankan anda. Ini kerana ibadah bukanlah satu paksaan untuk kita.

HUBUNGI KAMI SEKARANG:

017 328 2595 (Call/WhatsApp) atau Klik di sini.

TARIKH IBADAH DILAKSANAKAN:

25 Mac - 05 April 2018

TEMPAT:

Di beberapa negara Islam dengan penduduk miskin & dhaif terutamanya di Bangladesh. Kami memilih negara ini kerana di sana terdapat majoriti umat Islam yang hidup dengan begitu dhaif dan mereka sentiasa mengalu-alukan sebarang bantuan dari negara luar.

Ianya juga demi membolehkan kami untuk mendapatkan harga Lembu & Kambing dengan kos yang rendah agar dapat menyediakan harga aqiqah atau korban yang terendah untuk anda dalam menyempurnakan ibadah ini.



PERSOALAN YANG BIASA DITERIMA



1. APAKAH BEZA QURBAN DAN AQIQAH?


Qurban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai. Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum anak itu baligh (cukup umur).

2. APAKAH HUKUM AQIQAH?

Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakad iaitu sunat yang dituntut oleh Islam.

3. ADAKAH AQIQAH PERLU DILAKUKAN SETIAP TAHUN?

Tidak. Aqiqah hanya perlu dilakukan sekali sahaja seumur hidup.

4. APAKAH HARI TERBAIK UNUTUK LAKSANAKAN AQIQAH?

Aqiqah sepatutnya dilaksanakan pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah SAW ATAUPUN selagi anak belum baligh.

5. SEKIRANYA IBU BAPA TIDAK MAMPU ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA?

Boleh laksanakan untuk diri sendiri dan sekiranya mereka sudah meninggal pun boleh laksanakan sendiri kerana Rasulullah sendiri mengaqiqahkan diri baginda selepas baginda diangkat menjadi Rasul. Hukum aqiqah adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang hampir kepada wajib (sangat dituntut). Tanggungjawab aqiqah dikenakan ke atas orang yang wajib memberi nafqah kepada anak yang diaqiqahkan seperti bapanya.

6. BAGAIMANA PROSES PENDAFTARAN AQIQAH INI DIJALANKAN?


Sesuai mengikut peredaran zaman, segala urusan kini dipermudahkan. Dari pendaftaran sehingga kepada akad akan dilakukan secara online/telefon. Segala bukti proses/perlaksanaan akan dihantarkan kepada anda melalui pos beserta dengan sijil penyertaan yang lengkap dengan nama peserta (anda sendiri atau anak anda).





HUBUNGI KAMI MELALUI WHATSAPP UNTUK MENDAFTAR


Bagi memudahkan urusan ini, kami membuka pendaftaran melalui Whatsapp agar lebih mudah anda untuk bertanya kepada kami sebarang persoalan dan juga untuk membuat pendaftaran untuk anak-anak anda.

Hubungi 017 328 2595 (WhatsApp/call) untuk turut sama sertai usaha murni ini. Klik di sini untuk WhatsApp.


Sijil dan gambar-gambar yang dihantarkan kepada para peserta (Program aqiqah 2017)