Oh! Media |
Begini Rupanya Pandangan Seorang Yang Buta Warna Posted: 17 Apr 2018 09:55 AM PDT Ramai orang fikir buta warna ni bermakna penderita itu hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja seperti menonton filem P Ramleekan? Tidak salah pendapat itu kerana memang itu merupakan salah satu jenis buta warna. Ada yang boleh melihat banyak warna tetapi tidak warna merah atau hijau. Ok, jom kita tengok beberapa pengelasan buta warna 1. Deutranopia Deutranopia adalah gangguan penglihatan terhadap warna yang disebabkan tidak adanya photoreceptor retina hijau. Penderita ini tidak dapat melihat warna hijau. Hal ini menimbulkan kesulitan dalam membezakan warna merah dan hijau (red-green hue discrimination). 2. Protanopia Protanopia disebabkan tidak adanya photoreceptor retina merah. Penderita protonopia tidak dapat melihat warna merah. 3. Tritanopia Tritanopia adalah keadaan dimana seseorang tidak memiliki short-wavelength cone. Seseorang yang menderita tritanopia akan kesulitan dalam membezakan warna biru dan kuning. Tritanopia disebut juga buta warna biru-kuning dan penderitanya sangat jarang dijumpai. 4. Monochromacy (Total Color Blindness) Penderita buta warna total (Monochromacy atau Akromatopsia) hanya mengenali dua warna sahaja iaitu warna hitam dan putih. Berikut perbandingan setiap jenis buta warna yang disebutkan di atas |
You are subscribed to email updates from Oh! Media. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |