Tuesday, May 1, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Protege Misha Omar, Elvira Dinobatkan Sebagai Juara Mentor Otai

Posted: 29 Apr 2018 05:21 PM PDT



Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul, 38, protege kepada Misha Omar dinobatkan sebagai juara Mentor Otai dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100, 000 beserta trofi.

Elvira membawa lagu solo Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika dan lagu duet Nur Nilam Sari bersama Azlan Typewriter.

Manakala Azee, yang juga protege Zarul, dipilih selaku Naib Juara dan memperlihatkan pemilik nama sebenar Aznie Ariffin, 41, membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50, 000 dan trofi.


Alina Hassan, 50, terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga dan melayakkan protege Siti Sarah ini membawa pulang wang tunai RM10, 000 dan trofi.

Tempat keempat pula dimenangi protege Tam Spider Aj atau nama sebenarnya Kamarol Azril Al'azemi,42, dan membawa pulan hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi. Aj merupakan satu-satunya peserta lelaki solo yang berjaysa ke pentas akhir.