Saturday, May 12, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Suit 'Iron Man' Pertama Bernilai RM1.2 Juta Dicuri

Posted: 11 May 2018 08:22 AM PDT



Marvel Cinematic Universe (MCU) kini mempunyai nilainya yang tersendiri. Baru-baru ini, pihak Marvel telah mengumumkan baju perisai yang dipakai Robert Downey Jr dalam filem pertama Iron Man telah hilang dan disyaki dicuri.

KOSTUM watak 'Iron Man' berwarna merah dan emas yang dipakai aktor Hollywood, Robert Downey Jr dalam karya asal adiwira itu pada 2008 dilaporkan hilang dalam sebuah kemudahan simpanan, di Los Angeles, semalam.



Jurucakap polis Los Angeles, Christopher No ketika memberitahu AFP, pemilik gudang itu percaya kostum itu hilang dari kemudahan simpanan peralatan di Pacoima di utara pusat bandar Los Angeles antara Februari hingga 25 April lalu.
Beliau berkata, insiden itu dianggap luar biasa dan pihak polis amat mengambil berat mengenai kejadian itu, namun, setakat ini penyiasat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kes terbabit.

Kemungkinan besar baju ini sedang dijual di pasaran gelap atau pun disimpan di satu lokasi peminat setia Marvel.




Presiden Indonesia Joko Widodo Mengucapkan Selamat Dr. Mahathir

Posted: 11 May 2018 07:24 AM PDT


Setelah Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Mahathir telah mendapat ucapan tahniah dari pelbagai pihak tidak kira dalam mahupun luar negera. Termasuk dari negara jiran Indonesia yang datangnya dari Presiden Joko Widodo yang turut mengucapkan selamat kepada Tun Mahathir di laman 'facebook' rasmi miliknya.

Kata Presiden Joko Widodo, " Saya mengucapkan selamat kepada Bapak Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, jabatan yang beliau emban untuk yang kedua kalinya setelah menjadi perdana menteri pada tahun 1981-2003. Kami berbicara melalui telepon semalam, seusai beliau dilantik dan mengucapkan sumpah jabatan di Istana Negara, Damansara, Malaysia. 

Saya juga mengucapkan selamat atas kemenangan Pekatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kemarin. Saya senang mendengar proses demokrasi di Malaysia yang berjalan lancar dan aman. Sebagai negara serumpun, saya percaya, di bawah kepemimpinan Bapak Mahathir, hubungan antara kedua bangsa kita akan terus meningkat.

Dan saya mendoakan Bapak Mahathir terus diberikan kesehatan untuk menjalankan amanah rakyat Malaysia ini."

Dato' Sri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Rabbani Dan Rakan Artis Turut Mengucapkan Tahniah Kepada Tun Mahathir

Posted: 11 May 2018 06:27 AM PDT

Pada 10 Mei 2018, Tun Mahathir Mohamad telah diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu yang berlangsung di Istana Negara pada Khamis.

Selain dari rasa terharu dan ucapan tahniah dari seluruh rakyat Malaysia. Rakan-rakan artis Malaysia turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ketujuh tersebut.

1. Dato' Sri Siti Nurhaliza - Di akaun facebook Siti Nurhaliza, beliau telah menaikkan status ucapan tahniah dan gambar 'throwback' beliau bersama Tun M dan Bonda Tun Siti.


2. Ben Ali - Beliau turut mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathia Latiff yang sentiasa menyokong Tun Mahathir.


3. Rozita Che Wan - Che Ta pula telah menaikkan gambar yang dikatakan telah lama disimpannya dan telah menyatakan sokongan beliau terhadap kepimpinan di bawah Tun Mahathir sekarang.


4. Rabbani - Kumpulan Nasyid Rabbani juga turut tidak melepaskan peluang memanjatkan rasa syukur dan mendoakan agar Tun Mahathir dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.


5. Afdlin Shauki - Siapa tidak kenal Afdlin seorang artis yang suka berjenaka dan terbaru Afdlin telah menaikkan gambar Tun Mahathir yang amat comel.




Sejarah Tercipta! Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Ketujuh

Posted: 11 May 2018 05:38 AM PDT














Sejarah tercipta apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam 10 Mei 2018.

Beliau mengangkat sumpah sebagai  Perdana Menteri  di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu.

Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi saksi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, selepas upacara angkat sumpah itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan bagi membincangkan barisan Kabinet yang baharu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya negara ini, pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada Rabu, PH memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas. Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sumber : Astro Awani