Thursday, May 17, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Pemain Liverpool Mohamed Salah Di-boo Penonton Kerana Mengganggu Makka Menendang Bola

Posted: 16 May 2018 04:54 AM PDT


Pada 13 Mei yang lepas, pemain bola bagi pasukan Liverpool Mohamed Salah telah dianugerahkan kasut emas EPL 2017/18 dengan 32 gol liga iaitu rekod baru bagi jaringan semusim di EPL.

Ketika Mohamed Salah menerima kasut emas, anak Mohamed Salah, iaitu Makka Mohamed telah berjaya 'merampas' saat-saat istimewa buat ayahnya di Anfield. Mohamed telah menyambut detik istimewa ini bersama isteri dan anaknya dalam hari terakhir musim ini di Anfield.


Makka Mohamed kelihatan sedang leka bermain bola di tepi kawasan padang ketika ayahnya sedang menerima anugerah. Makka disorak dengan kuat oleh penyokong Liverpool setiap kali Makka berjaya menendang bola.