Friday, May 18, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Kini Giliran Sandal Jenama 'Bata' Pula, Selepas Berocca Dan Pen Pilot Popular Kerana Tun Mahathir

Posted: 17 May 2018 01:34 AM PDT

Sejak Tun Dr Mahathir kembali menerajui Negara kita, segala tingkah laku dan apa sahaja yang dipakai oleh Perdana Menteri Malaysia ini cepat tersebar. Rakyat sudah mula menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai Tokoh yang harus dicontohi dari segala aspek. Bermulalah dari cara pemakanan, penulisan dan pakaian beliau.

Semasa Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah dan tandatangan dokumen sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, ramai sudah mula memerhatikan apa yang digunakan oleh Tun Mahathir. Ramai mendapati Tun Mahathir pasti akan menggunakan pen dari jenama 'PILOT' yang berharga tidak sampai RM5. Ia menjadi antara pen kegemaran Tun apabila melakukan apa jua penulisan dan tandatangan rasmi.




Selain itu, 'supplement' jenama 'Berocca' yang digunakan oleh Tun Mahathir juga tersebar apabila gambar beliau dan Tun Siti Hasmah sedang menjamu selera di ambil. Ramai yang mencari kelebihan dan berkongsi harga serta kebaikan mengamalkan 'supplement' tersebut.


Kini giliran sandal jenama 'Bata' pula kembali popular apabila tersebar gambar Tun Mahathir hanya menyarungkan sandal bata yang hanya RM12. Bukan sandal Gucci, Adidas atau Prada yang menjadi pilihan Tun Mahathir, sudah cukup dari jenama Bata yang digunakannya. Ianya dikongsi oleh seorang pengguna Instagram @azranshah.



Jadi, apa lagi agaknya yang rakyat Malaysia akan perhatikan dari Perdana Menteri kita ini? Sesungguhnya perkara yang baik itu boleh kita ikuti. Lepas ni kita tunggu Bata hadiahkan Tun Mahathir kasut Bata Hotshot pulak.

Rakyat Malaysia Kelahiran Penang Mendapat Gaji CEO Tertinggi Di Amerika Syarikat

Posted: 16 May 2018 10:30 PM PDT




Antara pemegang gaji tertinggi di Amerika termasuk Apple's Tim Cook, Tesla Elon Musk dan Facebook's Mark Zuckerberg. Di antara nama-nama besar ini, siapa sangka yang anak Malaysia telah tersenarai sebagai penerima gaji CEO tertinggi berbanding mereka semua?

Tan Hock Eng, CEO kepada syarikat Broadcom  adalah anak kelahiran Penang yang berusia 66 tahun, beliau sekarang merupakan pemegang gaji tertinggi untuk Chief Executive Officer di Amerika, mengikut maklumat yang telah dikeluarkan oleh The Wall Street Journal.


Kajian kewangan telah mendapati gaji CEO bagi syarikat-syarikat besar US adalah sekitar US$12.1 million (RM47.4 juta) - 2017.

Walaubagaimanapun, Tan telah memperoleh US$103.2 million (RM406.9 juta) tahun lepas dan ia adalah 2,039 kali ganda berbanding purata gaji perkerja US. Sebanyak 318% peningkatan gaji berbanding tahun lalu.

Turut difahamkan bahawa sebahagian besar pendapatan tahunan yang diterima beliau datang daripada keuntungan pegangan saham Broadcom serta prestasinya terbaiknya sebagai CEO syarikat tersebut.


Tan Hock Eng juga akan membuka syarikat semikonduktur di bawah kendaliannya dan ini sekaligus mampu membuka peluang pekerjaan terutamanya buat Rakyat Malaysia. Tahniah diucapkan.


Kecoh Deadpool Kuasai Manchester United

Posted: 16 May 2018 03:19 PM PDT



Dalam edisi terbaru promosi ini selepas Deadpool bersama David Beckham, Ryan Reynold, watak bintang Kanada ini telah mengambil alih Old Trafford, sekaligus menambah sentuhan unik sehingga  'Theatre of Dream'.

Ia bermula apabila seorang budak kecil bertanyakan, 'apa yang berlaku? setelah melihat papan iklan Deadpool 2 yang besar. Babak kemudian bersambung di dalam bilik persalinan di mana pemain-pemain diberikan hadiah saguhati dari Deadpool.

'Think of this as a special Deadpool present for your 659 million fans worldwide,' says an overly oily executive to the flabbergasted Red Devils.'

Deadpool teruskan pemerhatiannya dari jauh dan dia berkata 'What in the Pogba! They're not wearing the official Deadpool kneepads,'. Babak ini berterusan dan seperti biasa Deadpool membuat jenaka mengenai perbelanjaan jose Mourinho.


Jadi begitulah kreatifnya mereka bagi memastikan filem ini juga berjaya seperti filem Avangers Infinity Wars. Jadi, korang bolehlah pergi tonton Deadpool 2 sekarang di pawagam berdekatan ok. Peringatan! Filem ini hanya untuk 18 tahun ke atas.