Tuesday, May 22, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Da'i Wan Beri Nasihat Pada Instafamous Tidak Hormat Bulan Ramadan

Posted: 21 May 2018 12:39 AM PDT


Kini viral seorang Instafamous, Faiz Roslan yang telah memuat naik sebuah sebuah video parodi lagu yang kini tengah trending, Lagi Syantik dengan mengenakan pakaian wanita bersama dua lagi rakannya pada hari pertama umat Islam meyambut puasa, telah mendapat perhatian ramai termasuk Da'I Wan.

Da'I Wan atau Wan Dazrin meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang dilakukan Faiz dan bertindak untuk menegurnya yang mula dikenali menerusi penghasilan video-video parodinya.

"Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti.

"Sebab itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz," tegur Da'I Wan menerusi Instagram miliknya dengan repost kembali video yang dimuat naik Faiz sebelum ini.

Posting Da'I Wan telah mendapat perhatian ramai dengan tanda suka sebanyak 35.9 ribu dan menerima  lebih 13,000 komen daripada netizen.

Menurut Da'I Wan lagi, apa yang lebih dikesalkan apabila video tersebut turut disertakan dengan #NerakaIsBack dan #MohonKecam yang seolah-olah sengaja mencabar dan mengundang kecaman orang ramai.


"Percayalah.. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sedangkan banyak lagi jalan yang tak menghina diri sendiri.

"Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ini sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu 'Fast track' ke Neraka, itu tindakan orang yang dungu, Faiz.

"Satu lagi, Neraka, jangan sesekali dibuat main, kamu takkan mampu terbayangkan betapa azab dan pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup di dunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia," tegurnya panjang lebar.

Da'I Wan juga menggesa Faiz supaya menghormati bulan Ramadan dan segera  memadam video tersebut. Tegasnya lagi, sekiranya Faiz tidak masih tidak menarik balik video tersebut, dia akan terus menegur dan bersuara secara terbuka.

"Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dengan perbuatan parodi kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?.

"Kalau kamu tak 'Delete', saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan satu Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka.

"Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dengan sengaja untuk kali kedua, maka saya dan barisan addu'at yang lain akan pastikan yang kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini," tegas Da'I Wan dalam nada kesal.
Itulah antara luahan dan teguran yang dibuat Da'i Wan dan semoga kita juga menjadikannya sebagai pengajaran, malah lebih menghormati bulan Ramadan ini.


Hafizh Syahrin Mendapat Tempat Ke-12 MotoGP Perancis

Posted: 20 May 2018 07:22 PM PDT


Pelumba negara, Hafizh Syahrin yang telah memulakan perlumbaan di petak ke-14 saingan MotoGP Perancis berjaya mendapatkan tempat ke-12 di Litar Le Mans semalam.

Hafizh Syahrin memungut lagi empat mata dan kini berada di tempat ke-17 dengan 13 mata terkumpul. Pada awal perlumbaan, Hafizh yang mula dari petak ke-14 turun sehingga ke kedudukan ke-18. Walaubagaimanapun, beliau berjaya memotong beberapa pelumba dan ada juga pelumba yang berada di kelompok hadapan yang terjatuh.


Johann Zarco rakan sepasukan Hafizh bagi team Yamaha Tech 3 turut terjatuh dan Scott Redding dan Alvaro Bautista turut gagal menamatkan perlumbaan di Perancis.


Tempat pertama dimiliki M.Marquez, kedua D.Petrucci dan V.Rossi di tempat ketiga semalam.

Meghan Pilihan Hati Putera Harry

Posted: 20 May 2018 06:47 PM PDT



Bagai melihat cerita dongeng, selesai sudah majlis perkahwinan diraja dan jutaan peminat diraja seluruh dunia menjadi saksi penyatuan antara pewaris keenam takhta Britain, Putera Harry, 33 dan pelakon, Meghan Markle, 36 di Gereja St George, Istana Windsor pada 19 Mei 2018.

Majlis perkahwinan diraja yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh emosi itu disaksikan lebih 100,000 orang ramai yang sudah berkumpun di sepanjang jalan menuju ke istana Windsor.


Selain keluarga diraja yang diketuai Ratu Elizabeth II, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Putera Philip, Putera Charles dan isteri, Camilla, Duchess of Cornwall, pelakon George Clooney, Idris Elba, Tom Hardy, bintang bolasepak, David Beckham dan ramai lagi rakan artis yang lain.

Selepas melafazkan ikrar, pasangan itu bertukar-tukar cincin, iaitu diperbuat daripada emas bagi Meghan, manakal cincin platinum bagi Putera Harry.


Pasangan ini turut dianugerahkan gelaran Duke dan Duchess of Sussex oleh nendanya, Ratu Elizabeth II, selain gelaran Earl of Dumbarton dan Baron Kilkeel.