Friday, June 1, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Datuk Lee Chong Wei Letak Jawatan Sebagai Pengarah di Restoran Raj's Banana Leaf

Posted: 31 May 2018 03:08 AM PDT



Kini di laman sosial telah tersebar satu video di mana pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan yang kotor. Lantas dari itu, restoran berkenaan di arahkan tutup dengan serta merta.

Berkait pula dengan pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dikatakan adalah salah seorang pengarah bagi restoran Raj's Banana Leaf di Bangsar.

Menurut kenyataan di Facebook restoran berkenaan, Raj's Banana Leaf menjelaskan individu yang dikatakan sebagai pemegang saham restoran berkenaan adalah ' tidak benar dan salah'.


"Individu terbabit tiada kaitan dengan pemegang saham syarikat atau restoran kami," katanya tanpa menyatakan nama individu terbabit.

Bagaimanapun, pihaknya mengakui Datuk Lee Chong Weu pernah menjadi pengarah syarikat berkenaan, namun telah meletakkan jawatan sebelum kejadian ini berlaku dan beliau tidak terlibat dalam apa jua operasi perniagaan di restoran terbabit.



Datuk Lee Chong Wei turut tercatat sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran tersebut iaitu InterCompass Sdn Bhd mengikut sumber Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Terdahulu, pihak DBKL telah mengambil tindakan apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuat kuasa hari 30/5/2018.

Huawei P20 Pro - Smartphone Dengan Kamera Paling Awesome Pernah Ohmedia Gunakan!

Posted: 31 May 2018 02:36 AM PDT


sekali lagi mengejutkan pengguna smartphones seluruh dunia apabila memperkenalkan flagship smartphones mereka yang terbaru iaitu Huawei P20 & Huawei P20 Pro. Semua orang tahu macam mana Huawei sebelum ini menggemparkan dunia kamera pada smartphones melalui Huawei P9 dan P10 mereka, kali ini lebih hebat lagi apabila Huawei P20 Pro tampil dengan 3 kamera dibahagian belakang dan dilengkapi dengan teknologi AI yang tiada pada smartphones lain.

Ciri utama yang menjadikan Huawei P20 ni bualan ramai adalah kerana smartphones ini telah berjaya memfokuskan kepada teknologi kamera yang amat awesome sehinggakan kita sebagai pemilik dapat mengambil gambar dan menghasilkan gambar seperti seorang photographer hebat tanpa memerlukan kelengkapan yang mahal.



Ciri popular pada Huawei P20 Pro yang tak ada pada smartphones lain adalah seperti berikut;

1. Triple Leica Lenses (Smartphones dengan 3 kamera pertama di dunia)
2. 40MP sensor with pixel-binning technology (menghasilkan gambar low-light yang cantik)
3. Master AI Photography (mengesan objek dan scene secara auto)
4. Low-light Photography (walaupun secara handheld sahaja tanpa perlu tripod)
5. ISO (sehingga 102400)
6. Aperture yang besar untuk capture lebih banyak cahaya (f/1.8, f/1.6 dan f/2.4 wide aperture sensor pada Huawei P20 Pro manakala f/1.8 dan f/1.6 pada Huawei P20)
7. 5x Hybrid Zoom (Pertama kali smartphones boleh zoom sehingga 3x Optical Zoom dan 2x Digital Zoom)


8. 960fps Super Slow Motion (Kebolehan untuk mengambil video slomo sehingga 960fps.
9. 4D predictive focus (kebolehan camera mengesan objek yang sedang bergerak untuk menghasilkan gambar yang tetap cantik dan tajam). Tambah memudahkan dengan kehadiran fungsi Ultra Snapshot pada Huawei P20, kita boleh mengambil gambar sepantas 0.03 saat dengan menekan butang kuasa (power button) sebanyak 2 kali walaupun phone berada dalam keadaan terkunci. Laju gila!
10. Leica Color Temperture Sensor (Menghasilkan warna yang lebih menarik dan best nya bila korang boleh adjust sendiri ikut suka hati).


Minggu lepas Ohmedia sendiri pun dah beli satu set Huawei P20 Pro dan telah banyak yang kami kongsikan di Instagram. Ramai yang teruja bila tengok gambar yang terhasil dari Huawei P20 Pro ni. Paling Ohmedia suka, bila P20 ni dilengkapi dengan AI jadi bila korang gunakan kamera dia ambil gambar makanan, P20 secara automatik tahu yang kita nak ambil gambar makanan dan dia secara sendiri akan menetapkan kamera kepada mode "Food" agar gambar makanan yang diambil kelihatan lebih menyelerakan.

Begitu juga bila kita cuba ambil gambar dengan fokus jarak dekat, AI pada P20 akan mengubah mode kamera kepada "Close Up" agar gambar yang diambil lebih jelas dan tajam. Selain itu features Night Shot yang ada pada P20 ni mampu menghasilkan gambar malam yang begitu jelas.

#OhmediaNewToy: Huawei P20 Pro. Keunikannya terletak pada kamera kerana dilengkapi dengan Leica Triple Camera (with AI) kat belakang. 3 biji kamera wei kat belakang iaitu yang pertama di dunia. Fuuuu, over betul Huawei ni. 😂 . Kamera paling atas adalah telephoto lens dengan 8MP 3x zoom, f/2.4, OIS. Kamera yang tengah tu pula adalah kamera utama dengan 40MP RGB 1/1.7in type sensor, f/1.8 dan 5x hybridzoom. . Kamera paling bawah tu pulak apabenda? Itu adalah 20MP monochrome, f/1.6 yang menghasilkan gambar monochrome Leica. . Gandingan ketiga-tiga lens ni menjadikan di atas kertas, kamera P20 Pro adalah paling teratas dalam senarai tapi in real use Galaxy S9+ masih diakui sebagai kamera terbaik pada smartphones setakat hari ini. Tapi untuk lowlight memang tempat yang gelap boleh jadi terang dan cantik dengan P20 Pro ni bila korang gunakan mode night shot dia. . Orang perempuan marah kalau tak cerita pasal kamera depan. Haha. Kamera depan menyokong sehingga 24MP, f/2.0 yang membolehkan lepas selfie boleh la korang zoom kira bulu hidung sendiri. Hahaha! Selfie kamera dia memang cantik. Kalah iPhone X dan S9+ pun. . P20 Pro ini adalah phone keluaran Huawei paling canggih yang ada di pasaran pada hari ini. Siap ada AI lagi kat dalam yang akan banyak bantu senangkan korang tak perlu lagi setting ini itu. . Dilengkapi dengan storage 128GB, 6GB of RAM, dan dikuasakan processor HiSilicon Kirin 970, ini merupakan smartphones Android dengan spec sangat menawan yang wujud di pasaran hari ini. . Harga bagi Huawei P20 Pro ni adalah RM3,300 di Malaysia. Banyak dapat free gift siap dapat sekali Huawei VIP card lagi yang cover kalau skrin pecah segala. . Free gift banyak2 tu ikut kedai juga la. Kebetulan #Ohmedia ada di Port Dickson, jadi P20 Pro ni kami beli di PD Waterfront. Bagus kedai kat situ sebab seller kat KL pun belum tentu mampu bagi free gift banyak gila macam kedai tu. Hehe. . So camne bila compare kamera dan keseluruhan dengan iPhone X, Galaxy Note 8, dan Galaxy S9+ agaknya ya? Review penuh menyusul di website www.ohmedia.my dalam sehari dua ini. Rajin-rajin juga tengok Instastory @ohmedia ya. . 📷 Galaxy Note 8 #Huawei #OhmediaHuawei #HuaweiP20Pro #P20Pro #Leica

A post shared by Oh! Media Network 🔥 (@ohmedia) on



Apa yang buat Huawei P20 ni cukup hebat gambar malam yang cukup jelas ini diambil tanpa perlu menggunakan tripod!! Hanya dengan hand-held sahaja dan Ohmedia percaya dari pelbagai smartphones yang dah kami cuba, ini pertama kali kami rasa teruja dengan gambar malam yang diambil menggunakan sebuah phone!! Huawei memang power!

Ini contoh gambar yang sempat Ohmedia ambil untuk berkongsi dengan korang;










40 Megapixel!!

Rasanya kami patut highlight tentang ini kerana siapa sangka sebuah smartphones boleh mengambil gambar sehingga resolusi 40mp!! Dari ujian Ohmedia sendiri bila kami bandingkan dengan phone lain seperti iPhone X dan Galaxy S9+, gambar dari Huawei P20 Pro yang kami gunakan ini kelihatan jauh lebih jelas bila di zoom dan itu sememangnya satu kelebihan apabila memiliki sebuah smartphones yang menyokong saiz gambar sehingga 40mp.


Huawei P20 dan P20 Pro juga telah mencatatkan markah tertinggi dalam senarai DxOMark sebanyak 109 (P20 Pro) dan 102 (P20) kerana mampu menghasilkan gambar yang mengagumkan untuk sebuah smartphones walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ia merangkul dalam kedua-dua kategori iaitu gambar dan video. Huawei P20 Pro sangat baik dalam cahaya rendah ketika zoom, tempat yang gelap, dan simulasi bokeh. Ini menjadikan ia sistem terbaik yang pernah dimuatkan ke dalam smartphones." kata DxOMark.

Seterusnya, bagi rakaman video pula, Huawei P20 Pro mampu merakam sehingga resolusi 4K sehingga korang dapat hasil video yang cantik dan lancar walaupun ketika berlari. Bagaimanapun dari penggunaan Ohmedia, video tidak distabilkan ketika rakaman 4K dibuat jadi kami lebih memilih untuk merakamkan video dalam saiz FHD dan 2K sahaja. Tambah lagi, ia juga boleh melakukan video gerak perlahan pada 960fps dan ini cukup melengkapkan lagi sistem kamera canggih pada P20 Pro dan P20.

Bagaimana dengan gaming, editing, dan sebagainya pada Huawei P20? Jangan risau kerana 6GB RAM + 128GB Storage pada P20 Pro manakala 4GB RAM + 128GB Storage pada P20 membolehkan korang lakukan semua tu dengan cukup mudah dan lancar.

Huawei P20 dan P20 Pro didatangkan dengan beberapa pilihan warna seperti Hitam dan Biru, tapi ada 2 warna lagi yang lebih menarik iaitu Pink Gold dan Twilight. Kedua-dua warna ini mempunyai "gradient effect" yang memjadikan warnanya seakan berubah-ubah bila dilihat dari pelbagai posisi. Bagaimanapun Pink Gold tidaklah memberikan "gradient effect" sehebat Twilight yang sangat popular ketika ini di seluruh dunia.

Warna Twilight untuk P20 Pro ini hanya boleh dimiliki di flagship store Huawei yang terletak di Pavilion sahaja

Review lanjut korang boleh tengok di website VMALL atau follow @ohmedia di Instagram.



Syafiq Tampil Untuk Memberi Penjelasan Berkenaan Video Lucah Yang Tersebar

Posted: 30 May 2018 11:35 PM PDT


Baru-baru ini sedang hangat dan viral di media sosial satu video lucah yang didakwa mirip artis popular, Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26 tahun. Video berdurasi 38 saat itu mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya terkejut dengan aksi kurang sopan lelaki berkenaan bersama seorang wanita bernama Mira.

Setelah lama berdiam diri, akhirnya syafiq menjelaskan berkenaan dakwaan tersebut. Namun begitu, dilaporkan Syafiq tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut. Syafiq berkata dia mahu terus 'move on' dan meneruskan kehidupan.


"Saya sedar yang saya merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau memendekkan isu ini, namun saya memilih untuk menghentikannya. Pada masa yang sama, saya mahu menghormati bulan Ramadan.

"Bagi saya, terpulanglah bagaimana mereka di luar sana mahu menafsirkan perkara ini, tetapi ini merupakan jawapan saya buat masa ini dan tiada lagi jawapan lain selepas ini di masa akan datang.

"Sejujurnya, saya sangat menghargai dugaan yang datang dan sesungguhnya, ia mematangkan saya," katanya seperti yang dipetik di Astro Gempak.

Syafiq juga berkata yang dia mengetahui perkara ini sejak dua tahun yang lalu dan hanya mendapat beberapa 'hint' sahaja. "Saya sendiri tidak tahu kebenaran perkara itu," katanya.

Bila disoal tentang Mira, perempuan yang berada di dalam video terbabit, Syafiq hanya menjawab yang dia mungkin pernah mengenali individu terbabit, tetapi tidak mahu mengulas panjang.

Syafiq juga ingin memberikan tumpuan kepada isu video dan bila timbul pula isu lain, dia akan serahkan kepada pihak pengurusan untuk kendalikan.

Oh!Media - Benar atau tidak, kami hanya mendoakan agar Syafiq menjadikan perkara ini sebagai pengajaran dan sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Jadi, janganlah kita terus menyebarkan aib seseorang dan perkara yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya.



Produser Bollywood Minat Dengan Kejayaan Tun Mahathir

Posted: 30 May 2018 07:59 PM PDT


Kejayaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Mahathir Mohamad telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuklah dari seorang produser Bollywood yang merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Mahathir yang kembali menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.

Raman Kumar,73 merancang untuk membuat filem bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakam dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Malaysia dan Inggeris.

"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, telah dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan. Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," 

"Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan momen pembangkang menang pilihan raya," katanya.

Raman yang tinggal di Britain, Mumbai di India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagia daripada kru filem akan datang dari Mumbai.