Saturday, June 23, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Taehyung BTS Memakai Baju Melayu Aaron Aziz Pemberian Peminat Malaysia

Posted: 22 Jun 2018 12:10 AM PDT

Related image

Peminat tegar K-Pop pastinya mengenali Kim Taehyung atau V dari kumpulan BTS lebih-lebih lagi baru-baru ini nama Taehyung menjadi sebutan di Malaysia gara-gara beliau tampil memakai sepasang baju melayu Aaron Aziz dari Jakel. 

Turut mendapat perhatian ialah Kim Seok-Jin atau Jin yang juga menggayakan kurta yang dihadiahkan oleh Syahirah Adila Zainudin dan Siti Sofheia.

Syahirah dan Siti Sofheia sanggup berbelanja hampir RM400 termasuk kos penghantaran ke Korea Selatan semata-mata ingin memberikan hadiah kepada bintang hallyu pujaan mereka. 

Sehingga kini Tweet tersebut berjaya meraih 13,000 retweet daripada peminat BTS. Menurut Syahirah, dia dan juga rakannya menerima pertanyaan daripada peminat BTS dari luar negara mengenai baju tersebut.

Fara Hezel Dan Aiman Tino kena 'aim' Pada Malam Raya

Posted: 21 Jun 2018 10:03 PM PDT

Related image

Sambutan Hari Raya tahun ini bagi Aiman Tino dan Fara Hezel, kakaknya agak berbeza kerana kedua-duanya telahpun bergelar sebagai artis. Sebut sahaja Aiman Tino, siapa tidak mengenalinya yang popular menerusi lagu Ku Rela Di Benci. 

Bagi Fara Hezel pula, ia memberitahu bahawa ia pertama kali menyambut lebaran sebagai penyanyi dan mengharapkan yang baik-baik sahaja.

Fara Hezel, 22 tahun berkata melalui pengalaman lalu, seawal malam raya juga para peminat adiknya Aiman, sudah berkumpul di depan rumah.

"Tahun pertama saya beraya sebagai penyanyi saya harap yang baik-baik sahaja. 

"Cuma pengalaman yang saya dah nampak pada Aiman, peminat diawal malam raya memang sudah 'aim' rumah. 

"Peminat akan berikan salam dari jauh sambil berseloroh tak jawab salam dosa," katanya kepada Sinar Harian. 

Sementelah itu, penyanyi Ku Pasrah ini turut berkongsi kemeriahan yang diraikan setiap kali Hari Raya Aidilfitri. 

"Momen setiap kali raya yang saya sendiri nantikan adalah di pagi raya. Sebab adik beradik ramai, jadi saya akan kejutkan seorang demi seorang untuk bersiap ke masjid. 

"Itulah antara momen paling menyeronokkan buat saya selain pergi solat terawih Aidilfitri dan menziarahi kubur arwah nenek," ujarnya.

Pada masa yang sama Aiman Tino atau Mohammad Aiman Yusri, 19, turut berasa teruja kerana kakaknya Fara Hezel pada tahun ini sudah bergelar artis sepertinya. 

"Tahun ini juga saya rasa lebih seronok sebab ada kawan beraya sebagai artis iaitu Fara Hezel kakak saya," tuturnya tersenyum.


Sambut Hari Raya Dan Piala Dunia Bersama Team Kesukaan Korang

Posted: 21 Jun 2018 08:06 PM PDT


Kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia semakin membara! Walaupun pasukan Malaysia masih tidak layak sehingga kini, tetapi team Ohmedia tetap tak akan lepaskan peluang untuk meraikan acara sukan paling besar dunia ini. Team favourite kami sudah pastinya England. Team kegemaran korang apa agaknya ye?

Piala Dunia kali ini nampaknya lebih menarik apabila kita juga meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. Kita pun sedia maklum yang perlawanan Piala Dunia kali ini dapat ditonton di RTM. Untuk pengetahuan korang, Maxis adalah penaja utama siaran Piala Dunia 2018 di RTM yang akan membawakan kepada kita untuk menonton 41 perlawanan daripada 64 perlawanan secara percuma.

Melalui penajaan dari Maxis ini, kita akan dapat menikmati 27 live streaming dan 14 streaming bagi siaran tertangguh. Terbaiklah!! Bukan senang nak dapat layan Piala Dunia secara percuma ni kan? Terima kasih Maxis dan Malaysia baharu!!


Bukan setakat itu saja, Maxis melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Hotlink Flex juga telah menawarkan 1 pass perlawanan dengan hanya serendah RM1 ringgit untuk setiap perlawanan dan korang dapat tonton kesemua 64 perlawanan secara langsung dalam 'full HD' di aplikasi Astro Go. Jadi lepas ni, bolehlah layan semua perlawanan walaupun sibuk berjalan raya, haha.

Untuk cara-cara penggunaan Astro Go memang cukup mudah. 
  1. Install aplikasi MyMaxis, Hotlink Red atau Hotlink Flex. Kemudian di dalam aplikasi tersebut, tekan logo Maxis Bola Raya. 
  2. Pilih pass perlawanan pilihan korang dan sahkan pembelian. 
  3. Kemudian korang akan menerima kupon kod melalui MyMaxis dan SMS. 
  4. Masuk link ni dan login atau register, kemudian tebus kupon kod. 
  5. Selesai dan layan perlawanan Piala Dunia di aplikasi Astro Go.

Paling menarik adalah bila korang juga akan dapat data internet 4G Maxis secara PERCUMA wehh....! Jadi apa lagi korang nak? Lepas ni dah tak perlu risau lagi, sebab korang boleh layan perlawanan bila-bila masa, di mana sahaja tanpa memikirkan data kering.


Tidak cukup dengan itu, kami memang cukup tertarik apabila Maxis juga menyediakan satu aplikasi melalui Maxis Bola Raya yang membolehkan kita menyambut semangat raya bersama keluarga dengan berbaju raya dan jersey bola kegemaran dalam masa yang sama.

Maxis Bola Raya app telah mewujudkan AR 'jersey' pertama yang korang boleh dapatkan secara percuma di 'play store' atau 'apple store'. So, team kami bolehlah bergaya memakai jersey bola kegemaran walaupun lengkap berbaju melayu, haha.


Apa korang pening kepala lagi tu? Pastikan korang sudah bersedia untuk menghadapi detik-detik berharga ini bersama team yang hebat dan bersemangat. Untuk makluman lanjut, korang boleh terus ke website Maxis untuk tahu lebih lanjut tentang Maxis Bola Raya.