Tuesday, June 5, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Baju Raya Dengan Diskaun 25% Hingga 75% Di Starvilion!

Posted: 04 Jun 2018 07:26 AM PDT


Ehem! Nak promote butik sikit so takdelah korang pening mana nak cari baju raya. Korang yang ada area Shah Alam dan sekitarnya dah pergi tengok baju raya kat @Starvilion, Shah Alam ke belum?

Nak habaq yang terkejut gila Oh! Media haritu bila nampak banyak gila brand artis kat sini. Barulah boleh beraya glemer sikit ye tak? Ye la kan dari beli yang brand entah apa-apa tu baik branding selebriti ni lagi. Kualiti pun terjamin takkan diorang nak jual kualiti cap ayam guna nama sendiri pulak kan. Pikir logik sikit la. Haha.

Ada brand dari Fattah Amin & Fazura, Wak Doyok, Nora Danish, Elfira Loy, Nelydia Senrose, Mia Sara dan ramai lagi la yang kami segan nak letak nama mereka. Haha. Oh ya, orang Malaysia kalau tak bagi diskaun depa taknak datang. Haha. Sebab tu laa ada diskaun 25% sampai 75% hingga malam raya nanti. So guys jom ler datang shopping atau tengok-tengok pun takpe. Mana tahu dapat jumpa artis pebret korang sekali nanti.
.
Psst: Bangi dan Kelantan pun ada juga Starvilion ni. Mantap! Mohon banyakkan lagi biar lagi ramai dapat pi tengok. #starvilion #starvilionlebaran2018 #thisisstarvilion #beyourownstar

Haji Hadi, MB Terengganu Jumpa Tun Mahathir

Posted: 04 Jun 2018 12:25 AM PDT

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabatnya di Perdana Putra, hari ini.

Menerusi laman facebook Mahathir yang dimuat naik pagi tadi, turut serta dalam kunjungan itu, bekas Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa turut berkata, pertemuan bermula pada jam 10 pag idan ia berlangsung selama hampir 1 jam.

"Saya tidak dapat berkongsi apa intipati pertemuan dan perbincangan itu.

"Biarlah Presiden (Datuk Haji Hadi Awang) berkongsi perkara berkaitan pertemuan itu nanti. Saya hanya menemani mereka sahaja." katanya.

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, suit and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting, living room and indoor

Sumber Foto : Chedet Official

Mangsa Pertama Akibat Mercun

Posted: 03 Jun 2018 09:12 PM PDT

Image result for mangsa pertama mercun

Cubaan pertama kali mengubah suai mercun membawa padah kepada seorang pelajar tingkatan dua apabila mata kanannya buta setelah botol kaca mengandungi belerang meletup, di Panji di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, Selasa lalu ketika pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Panji, Eman Najwan Anwar Fuad, itu sedang asyik menabur belerang yang dikeluarkan daripada mercun bola di atas timbunan bara di halaman rumahnya.

Menceritakan detik ngeri tersebut, ibu mangsa Rozita Zakaria berkata, salah seorang daripada tiga rakan anaknya yang bersama-sama ketika tragedi itu memberitahu, pada mulanya, Eman Najwan menaburkan belerang di atas bara tersebut.

Katanya, tiba-tiba botol kaca kecil mengandungi belerang dipegang anaknya itu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh ke dalam bara yang kemudiannya terus meletup tanpa sempat menyelamatkan diri.

Akibat letupan itu, Eman Najwanmenjadi mangsa pertama mercun di Kelantan cedera serius, selain mata kanan tidak dapat diselamatkan.

Cerita Rozita lagi, mata kiri anak juga cedera terkena serpihan kaca selain kelima-lima jari kiri hancur, jari telunjuk kanan terputus dan luka di badan.

Katanya, ketika kejadian dia sedang melipat pakaian dan berlari keluar rumah apabila terdengar letupan dan terkejut apabila melihat tubuh anaknya berlumuran darah.

"Saya tengok dia 'tersujud' di tanah. Saya cuba nak pangku dia, tapi saya yang pengsan dulu sebab darah terlalu banyak.

"Masa itu dia langsung tidak menangis namun sedar. Jiran yang tolong hantarkan dia ke hospital sebab suami pun tidak dapat buat apa-apa kerana sangat terkejut," katanya kepada media semalam.

Anak tunggal lelaki daripada tiga beradik itu menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Rozita berkata, sebelum kejadian anaknya meluahkan rasa malas untuk keluar bermain di laman rumah tetapi semuanya sudah ditakdirkan dan sudah pastinya ada hikmah di sebalik kejadian ini.

"Sebelum itu juga dia ada minta RM1 daripadanya untuk membeli minuman bersama rakan-rakannya dan saya tunaikan permintaan dia.

"Saya masih terkejut dengan kejadian ini sehinggakan bersahur dan berbuka pun hanya minum air kosong dan kurma sahaja.

"Hati ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan anaknya begini. Selama ini saya hanya tengok kejadian melibatkan anak orang lain di televisyen," katanya.

Rozita juga mengharapkan orang ramai mendoakan kesembuhan anaknya itu dan ada pihak yang dapat membantu keluarganya menyediakan katil bersesuaian jika dibenarkan pulang nanti.

Gadis Melayu Tersenarai Ke Pentas Akhir Miss Universe New Zealand

Posted: 03 Jun 2018 07:24 PM PDT



Pertandingan ratu cantik biasanya diungguli oleh wanita bukan beragama Islam, tetapi penyertaan peserta wanita Islam dan behijab juga bukanlah sesuatu yang baharu.

Sebagai contoh, Halima Aden yang merupakan peserta separuh akhir Miss Minnesota USA 2016, adalah antara yang berjaya membawa imej ratu cantik beragama Islam yang berhijab dengan sempurna.

Begitu juga dengan pertandingan Puteri Indonesia, di mana saban tahun beberapa peserta yang dipilih mewakili wilayah tertentu juga tampil berhijab.

Namun, buat pertama kalinya dalam sejarah, apabila seorang gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia berjaya disenarai pendek sebagai peserta Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand.

Nurul Shamsul, 20 tahun, dilahirkan di Ampang, Selangor dan dibesarkan di New Zealand, merupakan peserta berhijab pertama yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik tersebut.


Menerusi beberapa entri di laman sosial miliknya, Nurul menyifatkan penyertaannya itu sebagai suatu yang memecahkan stereotaip dan berharap agar niatnya itu tidak disalah tafsir.

Nurul merupakan penuntut di University of Waikato, dan dia menyatakan hasratnya untuk menyertai ratu cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.

Beliau mengakui mempunyai ibu berketurunan Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.


Sumber : Astro Awani