Saturday, June 9, 2018

Oh! Media

Oh! Media


Najib Razak Dalam Proses Pembukaan Pejabat Sendiri

Posted: 07 Jun 2018 11:55 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuka sebuah pejabat untuk urusan peribadi dan kemudahan untuk mereka yang mahu bertemu dengan Ahli Parlimen Pekan itu. 

"Saya juga banyak menerima kunjungan pemimpin dan ahli UMNO dari seluruh negara, penyokong dan sahabat, yang menziarahi saya di rumah untuk bertanyakan khabar, memberi sokongan dan minta pandangan tentang kedudukan semasa. Boleh dikatakan tak putus-putus mereka yang datang ke rumah, terima kasih. 

"Selain itu, saya juga dalam proses untuk membuka satu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi serta memudahkan mereka yang ingin bertemu saya," katanya di Facebook rasmi Najib Razak.

Sekarang, Najib Razak ingin menggunakan masa sebaiknya untuk bersama keluarga, anak dan cucu-cucunya.

Logo 'Visit Malaysia' Pada Jersi Cardiff City FC Turut Ditaja Sultan Johor

Posted: 07 Jun 2018 11:25 PM PDT

 

Tan Sri Vincent Tan, Pemilik kelab bola sepak Cardiff City FC mendedahkan bahawa Sultan Johor adalah antara penaja logo berkenaan. 

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaja hingga tiga juta pound sterling (kira-kira RM5,339,915) dalam tempoh tiga tahun lepas sejak 2015 untuk mengekalkan logo berkenaan.


"Tuanku tidak membantu Cardiff City FC, tetapi lebih kepada untuk mempromosikan negara ini" katanya.

Apabila Cardiff City bermain pada Liga Perdana Inggeris dengan memakai jersi yang tertera 'Visit Malaysia' sebagai penaja utama, 4.8 bilion manusia dari seluruh dunia akan melihatnya.

Tan juga menyuarakan harapan agar Menteri Pelancongan yang baharu akan menimbangkan kerjasama dengan kelab itu untuk terus mempromosikan industri pelancongan Malaysia. Kini, bintang Barcelona, Luis Suarez turut menjadi duta bagi Tourism Malaysia.


CEO Kumpulan Astro Letak Jawatan

Posted: 07 Jun 2018 09:00 PM PDT


Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan akan berkuatkuasa bermula 31 Januari 2019.

"Perancangan ini sudah dibuat berbulan lalu. Pengumuman ini hanya prosedur biasa yang dibuat selepas penyerahan notis enam bulan," kata pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi.

Sepanjang Astro berada di bawah pengurusan beliau, syarikat tersebut mencatatkan peningkatan jumlah keuntungan daripada RM1.79 billion kepada RM5.53 billion setakat 31 Januari 2018. Beliau bertindak sebagai perancang utama strategi pertumbuhan Astro yang membantu syarikat tersebut untuk berkembang pesat di Asean.

Datuk Rosana juga mengakui sudah lebih dua dekad mendedikasikan masa dan tenaga untuk Astro, kini masa yang sesuai untuk beliau menumpukan perhatian kepada keluarga.

Posisinya akan digantikan oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan. Pihak Astro percaya dengan kreadibiliti Henry Tan yang sudah berkhidmat di syarikat tersebut selama 10 tahun untuk menerajui kepimpinan syarikat tersebut.